Bagaimana Nak “CONVERT” Cold Traffic Jadi Customer… Dalam Apa Sahaja Market… Jual Apa Sahaja Produk! Walapun Anda Newbie!

Rasa macam dah berkurun lama tak update blog.

Bukan setakat bersawang, sarang tikus pun ada.

Haha!

Salam dan hi.

How are you?

Ni hau ma?

Vanakam?

Apa khabar semua?

Saya doakan hidup anda, bisnes anda, rezeki anda bertambah tambah dari hari ke hari, setiap hari, sepanjang tahun.

Amiinn.

Dalam blog post ini saya akan tunjuk anda SIMPLE PROSES untuk jual apa sahaja jenis produk, dalam apa sahaja market, dekat prospek dan stranger yang langsung tak kenal anda.

Strategi ini sangat efektif SEKIRANYA anda ikut proses yang saya terangkan dalam training ini.

Tengok video di bawah sekarang.

Step 1: Buat Facebook video ads yang menceritakan tentang “MASALAH” prospek dan market anda.

Nak tahu keluarkan masalah prospek hingga ke lubang cacing… Baca post ini.

Bagaimana Nak Korek “Rahsia Keinginan” Prospek Anda Yang Sebenar… Supaya Anda Boleh Jual Dengan Lebih Mudah & Buat Duit Lebih Banyak?

Cara Saya Buat Prospek “Tak Tahan” Sampai Keluarkan Duit Untuk Di Bantu

STEP 2: Buat satu video “EDUCATE” masalah prospek lebih dalam dan detail. Sehingga prospek sedar dan yakin bahawa itu lah masalah UTAMA yang wajib di selesaikan.

Ini sangat penting. Anda mesti kenal, tahu, master, ketakutan dan masalah prospek anda lebih lagi dari mereka kenal diri mereka sendiri.

STEP 3: Buat satu video cerita tentang “KEHEBATAN” produk atau servis yang mampu selesaikan masalah prospek.

Cerita tentang manfaat. Features. Kelebihan. Pro and cons. Keunikan… dan lain-lain yang boleh buat prospek WOW!

STEP 4: Buat satu video khas untuk “TESTIMONI” produk anda.

Biasa la, orang nak tengok orang lain berjaya dulu kan?

Lagi pun anda perlu ada bukti untuk back up semua claim terhadap produk anda.

Jadi testimoni adalah cara yang terbaik.

STEP 5: Buat satu video jenis “DEADLINE, SCARCITY, BONUS” untuk close prospek dan boost conversion jualan ke tahap maximum.

Ini normal. Manusia memang suka tunggu last minit.

Selagi boleh tangguh, confirm tangguh.

Bagi prospek anda deadline, push, desak, bagi last call, baru mereka bertindak.

Cara-cara untuk intergrate semua steps ini saya terangkan dalam video training di atas.

Orite that’s it.

Semoga ia bermanfaat untuk anda.

Sila share post ini so that ramai lagi yang dapat manfaat yang sama.

InsyAllah.

 

 

Suka post ni? Comment. Share.

Leave a Comment