Bagaimana Nak Jual Lebih Banyak? “Framework”

Saya nak bagi anda amaran.

Dalam post ini… ada lebih 2300 patah perkataan (novel Harry Potter pun kalah)

Hanya text. Tiada gambar.

Sekarang anda dah tahu, anda ada 2 pilihan…

A) Sambung layan Facebook dan comment gambar kawan.

B) Fokus dalam 10 minit, baca setiap patah perkataan.

Sebab saya janji… sekiranya anda baca post ini sampai habis…

Anda akan belajar bagaimana nak menjual.

Tak kira sama ada anda jual guna copywriting (ayat jualan), video, email, melalui PM dan Whatsapp, jumpa prospek secara 1 to 1…

Atau menjual di seminar dan event secara offline, depan 100 ke 1000 orang…

FRAMEWORK ini akan buat prospek anda turun ego, rendah diri, dan buka “pintu hati” untuk mereka “bertindak dan beli” apa sahaja yang anda jual.

Dalam report ini juga saya akan breakdown satu per satu… dan saya akan bagi anda contoh bagaimana nak guna framework ini.

Jangan pandang rendah dengan framework ini, setiap kali saya guna… jualan 6 angka.

Sama ada jual beli ini berlaku online atau offline… framework ini boleh buat jualan anda dari semput ke tahap tak terkawal.

Jadi saya merayu. Saya harap. Anda akan guna framework ini sebaik mungkin… sekiranya anda nak jual lebih banyak.

Ini adalah layout bagaimana nak jual lebih banyak FRAMEWORK:

1. Siapa saya dan ini kepakaran saya…

2. Pernah tak lalui semua cabaran dan masalah ini…

3. Saya pun sama, ini jalan cerita masa saya susah dulu…

4. Ini cerita bagaimana saya cari jalan penyelesaian…

5. Ini hasil yang saya dapat dan customer saya dapat…

6. Ini produk yang saya jual… (overview)

7. Kenapa produk ini awesome untuk anda… (benefits)

8. Kenapa produk ini berbeza dengan yang lain… (distinction)

9. Kenapa offer ini gila tak masuk akal… (justify price)

10. Ini bonus-bonus yang anda akan dapat lagi… (bonuses)

11. Kenapa tiada risiko langsung… (guarantee)

12. Ini sebabnya kenapa anda perlu beli sekarang… (deadline, scarcity)

13. Ini satu lagi bonus kalau anda beli sekarang… (surprise bonus)

14. Kenapa anda perlu beli sekarang, kenapa produk ini akan selesaikan masalah anda…

15. Ini langkah yang seterusnya dan beberapa testimoni lagi…

Berikut adalah contoh bagaimana nak guna framework ini. Situasinya adalah…

Bob seorang Fitness Trainer yang sedang cari client untuk personal training beliau.

 

1. Siapa saya dan ini kepakaran saya…

(Bagi tahu siapa diri anda, dan bagaimana anda boleh bantu. Anda tak perlu nak panjang lebar dekat sini)

 

Hai, nama saya Bob dan saya merupakan seorang professional Fitness Trainer.

Kepakaran dan fokus saya adalah menukar 360 darjah lelaki yang kurus untuk dapatkan badan yang sihat dan kuat.

 

2. Pernah tak lalui semua cabaran dan masalah ini…

(Untuk tahu jawapan ini… anda mesti tahu market anda. Anda mesti tengok dari sudut persepsi customer anda dan keluarkan semua masalah yang mereka hadapi. Lagi dramatic, lagi bagus. Emosi adalah senjata utama)

 

Saya ada 1 soalan… Pernah tak anda lalui situasi seperti ini…

  • Masa zaman sekolah dulu anda di buli sebab badan anda kecik dan keding.
  • Cuba nak pikat wanita idaman anda tapi semuanya lari bila tengok tulang rusuk anda terkeluar.
  • Segan nak pergi gym sebab nak angkat 2.5 KG pun rasa berat… walaupun guna 2 tangan.
  • Selalu di gunakan kawan-kawan sebab dalam kelompok anda merupakan paling lemah dan senang tumbang.
  • Sampai sekarang anda cuba untuk gemukkan badan… tapi sebanyak mana anda makan… berat badan tetap sama!

 

3. Saya pun sama. Ini cerita saya sebelum ini…

(Kongsi pengalaman ngeri dan pahit anda, ia mesti berkait rapat dengan masalah prospek anda. Tujuannya adalah untuk membina “hubungan dan kepercayaan” dengan prospek anda. Instant bonding!)

 

3 tahun lepas saya juga sama macam anda. Kalau anda rasa anda kecik, kurus, kering, keding dan campur semua huruf “K” yang ada… anda tetap tak boleh lawan saya…

Saya bukan setakat di buli, di pulau dan di pergunakan… dah banyak kali saya masuk ICU sebab jadi mangsa buli.

Saya masih ingat lagi masa saya belajar di kolej, saya di kepung oleh 5 orang lelaki dalam bulatan, di hentak, di terajang, di bantai dengan teruk.

Apa yang saya paling sedih…

Bila air mata ibu yang mengalir tengok kaki dan tangan saya di balut kain putih keras. Saya terlantar di hospital selama berminggu akibat koma.

 

4. Ini cerita bagaimana saya cari jalan penyelesaian…

(Sekarang bagi tahu bagaimana anda hadapi masalah anda. Lagi detail lagi bagus. Biar prospek rasa keperitan anda. Biar prospek tahu perjalanan anda dari awal sampai habis. Ingat… sebelum jadi hero, mesti jadi zero. Kemudian introduce apa dia “1 perkara” yang anda buat sampai anda sedar dan perasan ia telah memberi impak dalam hidup anda!)

 

Apa yang saya buat selepas tragedi itu?

Saya bertekad, berazam, dan saya bersumpah untuk tidak akan di buli lagi!

Saya mula mencari produk yang boleh besarkan badan. Saya pergi ke gym. Saya habiskan masa sekurang-kurangnya 20 jam setiap minggu angkat berat.

Saya akan lari bukit dan turun bukit depan rumah saya setiap petang. Kaki saya semakin kuat. Jantung saya semakin berdesup. Selepas 6 bulan… urat tangan saya keluar.

Dan saya tahu… size badan saya 4X kali ganda lebih besar! Otot saya pula keras macam batu.

Semuanya di sebabkan “Highly Intensity Interval Training” yang saya amal kan!

 

5. Ini hasil yang saya dapat dan customer saya dapat…

(Bagi tahu result yang anda dan customer anda dapat. Bagi tahu bagaimana hidup anda dan customer anda berubah)

 

Cuba anda lihat Abu, Ali dan Abdullah… Mereka juga sama seperti anda. Sama seperti saya masa di kolej dulu!

Tapi tengok perubahan mereka. Tengok bagaimana dari size mickey mouse, sekarang Incredible Hulk pun takut.

Bukan setakat itu.

Kalau pakai t-shirt, dari jauh dah boleh nampak dada kembang keluar. Memang smart.

Sekarang mereka semua lebih confident, lebih berani, dan yang paling penting…

Kini si mangsa pula di geruni oleh kawan-kawan dan semua orang!

 

6. Ini produk yang saya jual… (overview)

(Cerita tentang produk atau servis anda, bagi tahu nama. Bagi tahu kenapa anda buat produk ini dan bagaimana ia boleh bantu customer anda. Bagi tahu secara specific, setiap komponen, bagaimana ia boleh bantu. Anda mesti serta kan feature dan benefit setiap satu!)

 

Saya nak memperkenalkan anda training program terbaru saya iaitu “Build Muscle Fast”.

Ia adalah gabungan HIIT, weight lifting dan juga diet plan yang akan putar belit badan dan otot anda sehingga ia terpaksa untuk jadi besar!

Program Build Muscle Fast akan berlangsung selama 6 minggu dan saya yakin… habis sahaja 6 minggu… size badan anda akan double!
Berikut adalah apa yang anda akan buat setiap minggu.

Week 1: Persediaan Minda & Mental.

Dalam minggu ini anda akan tahu ukuran fitness anda. Saya akan bagi anda “custom” weight lifting dan juga diet plan yang sesuai mengikut badan, ketinggian dan berat anda.

Habis sahaja week 1, anda akan lebih cergas, badan anda boleh tampung lebih banyak udara, stamina anda meningkat, dan anda sudah bersedia untuk “push” diri anda!

***Kemudian sambung week 2, week 3 dan seterusnya…

 

7. Kenapa produk ini awesome untuk anda… (benefits)

(Sekarang fokus pada manfaat dan tranformasi semata-semata. Bagi tahu perbezaan hidup customer anda sekarang dan selepas mereka berubah)

 

Bukan itu sahaja… program Build Muscle Fast juga akan…

  • Buat anda jadi jauh lebih kuat… kalau dulu boleh angkat 5KG, sekarang 20KG satu tangan pun tak jadi masalah.
  • Otot anda akan bertambah tegang dan keras, lemak badan anda akan turun dan badan semakin nampak “shape”.
  • Size anda double dengan sistem diet yang khas… selera makan anda juga akan membuak-buak.
  • Kaki anda seperti kaki kuda, bukan sahaja keras tapi laju.
  • Jantung anda lebih kuat, pernafasan anda lebih lancar… senang cerita anda susah nak tumbang.
  • Baju anda yang dulu mungkin tak boleh pakai sebab terlalu kecil, size anda mungkin berubah dari S ke M atau M ke L.

 

8. Kenapa produk ini berbeza dengan yang lain… (distinction)

(Bagi tahu kenapa produk atau servis anda berbeza dari yang lain. Apa yang unik tentang produk atau servis anda. Kenapa produk atau servis anda lebih baik dari yang lain)

 

Anda perlu tahu…

Build Muscle Fast bukan produk untuk anda makan seperti Whey Protein atau pill fat burner, bukan membership untuk anda daftar sebagai ahli gym, dan bukan juga DVD workout yang anda boleh tengok di rumah.

Build Muscle Now adalah custom personal training program selama 6 minggu, di mana saya sendiri yang akan latih anda secara personal untuk anda DOUBLE size dan kekuatan anda… khas untuk lelaki yang kurus!

Work out, diet plan, routine, training… semuanya telah di sediakan. Anda hanya ikut 100% dan anda akan nampak result!

 

9. Kenapa offer ini gila tak masuk akal… (justify price)

(Bagi tahu harga produk anda. Terangkan bagaimana mereka boleh guna produk anda sebaik mungkin. Masa, duit, tenaga, commitment dan sebagainya)

 

Apa yang saya offer adalah hidup mati saya dulu. Saya tahu bukan senang untuk anda cari personal trainer yang betul-betul faham anda. Lagi-lagi untuk anda dapat result.

Semua yang saya ajar anda adalah melalui pengalaman dan hasil dari ramai orang yang sama macam anda!

Saya sendiri dah labur banyak duit, korbankan masa dan tenaga untuk reka cipta program yang memang khas untuk lelaki kurus!

Saya akan guide anda dari awal sampai habis, dengan game plan dan daily exercise yang anda perlu buat…

Saya akan Whatsapp anda untuk ingatkan training day anda setiap hari…

Jadi saya rasa… ini adalah satu-satunya training program yang ada di Malaysia untuk lelaki seperti anda…

Harga untuk masuk program ini hanya RM1997. Selama 6 minggu.

Saya nak anda bagi commitment 100%, insyaAllah anda akan nampak perubahan badan dan otot anda.

Program ini tak susah, ia juga bukan senang. 6 minggu anda perlu berjuang. Ingat… setiap titik peluh anda akan buat otot anda lebih kuat .

 

10. Ini bonus-bonus yang anda akan dapat lagi… (bonuses)

(Semua orang suka bonus. Jadi bagi bonus. Lagi banyak lagi bagus. Bonus mesti berkait rapat dengan tranformasi customer. Contoh lebih cepat proses. Bonus juga mesti sama nilai dengan produk dan servis itu sendiri. Kalau boleh lebih baik!)

 

Anda juga akan dapat…

1) FREE BUILD MUSCLE FAST TSHIRT untuk anda guna, sebagai kenangan kita bersama 6 minggu, dan walaupun baju itu akan banjir dengan peluh… tapi ia adalah saksi perjuangan anda. (Nilai RM50)

2) FREE BUILD MUSCLE FAST JOURNAL untuk anda catat berapa berat badan anda, peratus lemak badan anda, BMI anda, dan penilaian cardio anda supaya anda sentiasa bersemangat dan on track! (Nilai RM100)

3) FREE BUILD MUSCLE FAST APP, ini adalah homework training routine anda di rumah. Download app ini, dan ikut semua training dalam bentuk video mengikut level anda. (Nilai RM997)

 

11. Kenapa tiada risiko langsung… (guarantee)

(Apa jaminan anda? Bagi tahu produk dan servis anda selamat untuk di beli. Saya cadangkan bagi money back guarantee)

 

Selepas 3 minggu anda bersama Build Muscle Fast training program… dan anda tidak berpuas hati dengan result anda…

Size badan anda masih sama, otot anda tak lebih kuat, dan stamina anda tetap lemah…

Bagi tahu saya dan saya akan FULL REFUND anda tanpa sebarang soal. Anda tetap boleh terus guna semua custom plan yang saya bagi.

 

12. Ini sebabnya kenapa anda perlu beli sekarang… (deadline, scarcity)

(Ada tarikh tutup untuk beli? Limited? Stok terhad? Harga promosi? Bagi tahu apa yang customer anda akan rasa dan experience sebaik sahaja mereka beli. Bagi tahu kenapa mereka perlu bertindak sekarang)

 

Anda juga perlu tahu, saya hanya boleh ambil 12 orang setiap 6 minggu. Lebih daripada itu, saya akan kerja macam robot.

Saya tiada masa untuk spend dengan anda. Tak ada masa untuk belanja anda minum kopi.

Saya akan berjumpa dengan anda secara individu untuk lebih mudah fokus dan insyaAllah, bina hubungan lebih rapat dengan anda.

Sebab itu anda perlu daftar untuk sesi briefing Build Muscle Fast Ahad ini… dan dengan kadar peratus kes pembulian di Malaysia, saya rasa slot akan penuh bila-bila masa sahaja lagi.

 

13. Tambah satu lagi bonus kalau anda beli sekarang… (surprise bonus)

(Ada lagi bonus? Fikirkan tentang bagaimana nak counter kalau prospek cakap “tak nak”, “nanti la dulu”, “besok-besok la”. Apa yang mereka bimbang dan risau? Gunakan bonus itu sebagai killer!)

 

Saya tahu, anda mungkin dah cuba macam-macam. Tapi badan tak naik-naik pun.

Anda tertanya-tanya betul ke boleh tambah berat dan size badan?

Sebab itu saya akan bagi anda 1 liter Mass Whey Protein untuk setiap hari selama 6 minggu keluaran Optimum Nutrition!

Anda boleh pilih perisa coklat, vanilla, atau strawberry… ramai client saya yang naik 5kg-8kg selepas 6 minggu!

Terbukti secara statistik dan dari 100% testimoni-testimoni Build Muscle Fast… tiada alasan lagi untuk anda tambah berat badan!

 

14. Kenapa anda perlu bertindak dan beli sekarang, kenapa produk ini boleh selesaikan masalah anda sekarang…

(Recap balik apa yang customer anda akan dapat bila mereka beli)

 

Lagi sekali saya nak ingatkan… hanya 12 orang yang dibenarkan dalam setiap 6 minggu.

Jadi sekiranya anda nak 3X ganda size badan anda sekarang, anda nak lebih kuat dengan otot-otot yang keluar urat… supaya anda tidak lagi di buli, di pulau, di gunakan dan akhir sekali… wanita-wanita semua tak kelip mata bila tengok badan anda yang seksi dan hot…

Daftar sekarang.

 

15. Ini langkah yang seterusnya dan beberapa testimoni lagi…

(Final call. Push untuk close sale. Bagi lagi beberapa testimoni. Kalau ada video testimoni lagi bagus)

 

Klik link ini, isi ruangan yang di sediakan, dan kami akan call anda untuk pengesahan.

Lihat pula Daud, Firdaus, Ahmad dan Adam… apa yang mereka kata tentang training program Build Muscle Fast ini.

Bagaimana mereka naik 18KG dalam masa 6 minggu sahaja! Tengok video mereka di bawah.

Baca pula apa yang Aini, Aisyah dan Ariani cakap tentang Build Muscle Fast.

Apa yang berlaku pada Faisal, Edbert dan Wong selepas habis program Build Muscle Fast.

Daftar sekarang… ini lah masanya!

.
.
.
.

Macam mana? Ok?

Kalau anda kurus keding, mangsa buli, ada rasa nak join tak program ini?

Bila anda guna 15 FRAMEWORK ini, saya yakin anda pasti akan jual lebih banyak daripada anda tak guna langsung.
.

.
Sekarang saya ada 1 soalan untuk anda…

Betul ke anda serious nak jual lebih banyak berbanding tahun-tahun yang sebelum ni? Nak letupkan bisnes anda? Buat jualan seperti rock star?

Saya akan tunjuk anda bagaimana saya guna 3 langkah mudah ini untuk buat bisnes 6 angka setahun!

Yang paling best… anda tak perlu guna cara lama, mengundang kebencian, taktik paksaan untuk membeli, sehingga buat customer anda lari langsung tak pandang belakang…

Dalam training I.M. Sniper…

1) Saya akan tunjuk bagaimana nak cari dan bina database customer anda paling tepat dengan cepat!

2) Saya akan ajar bagaimana nak tukar database anda kepada customer rela hati, serah diri, dan happy bila beli!

3) Strategi bisnes untuk anda buat 6-7 angka tahun ini!

Tak kira apa yang anda jual, produk sendiri atau orang lain, servis, affiliate, dropship, apa sahaja…

Saya akan tunjuk anda bagaimana anda boleh BOOM! jualan anda ke tahap yang seterusnya…

Guna link ini dan daftar sekarang.

Suka post ni? Comment. Share.

2 thoughts on “Bagaimana Nak Jual Lebih Banyak? “Framework””

  1. Saya dah lama nak berniaga online tapi “MALAS” … kikikiki

    “MALAS” ini banyak maksud …

    Tapi dah baca 2 artikel ko ni … macam bersemangat pula … anywhere

    thanks for sharing your expertise

Leave a Comment