Bagaimana Nak Korek “Rahsia Keinginan” Prospek Anda Yang Sebenar… Supaya Anda Boleh Jual Dengan Lebih Mudah & Buat Duit Lebih Banyak?

Nak buat lebih banyak sales? Lebih banyak customer?

Nak bisnes menggelegak ke tahap takat didih dan tak terkawal… supaya anda boleh buat lebih banyak duit, bisnes lebih terjamin, hidup lebih selesa dan bahagia?

Maka anda berada di post yang betul, tepat pada waktunya.

Bezanya post ini dengan post-post saya yang lain…

Apa yang terkandung dalam post ini ibarat kalau anda main game super mario… post ini adalah “LEVEL BOSS!”.

Dan saya akan cuba yang terbaik untuk ubah cara anda berfikir seperti marketer biasa-biasa buat duit ala kadar… kepada marketer yang mampu buat jualan 6 angka.

Jadi post ini sebenarnya bukan untuk semua orang, melainkan anda sanggup “PERAH & KERAH” minda anda untuk korek segala rahsia keinginan prospek anda keluar… supaya jualan anda lebih meletup.

Bukan senang. Bukan mudah. Tapi saya boleh guarantee… habis sahaja anda baca post ini… Anda akan jadi marketer yang lebih tajam dan lebih garang.

Kenapa post ini penting untuk anda sekarang?

Setiap jualan itu berlaku di sebabkan keinginan seseorang untuk membeli.

Contoh.

Tak kira marketing anda superb macam mana sekali pun…

Testimoni anda ada lebih dari 1000 orang, dari dato dan datin…

Sales page anda di buat oleh TOP COPYWRITER tersohor atau paling legend…

Kalau dari awal lagi prospek anda memang langsung tiada keinginan untuk beli… maka jualan itu tidak akan berlaku!

Dalam setiap pilihan, dalam setiap tindakan, dalam setiap jual beli… ada keinginan.

Saya bagi contoh.

Anda buat iklan. Hantar ke squeeze page. Bagi ebook percuma. Nak pancing pelawat isi nama dan email. Untuk anda kumpul database.

Tajuk iklan anda: Bagaimana Nak Buat Lebih Banyak Jualan Dengan Facebook Ads.

Apa yang anda buat ini betul. Tapi ini adalah taktik internet marketing semata-mata.

Jika anda korek 500 meter lebih dalam…

Apa yang membuat prospek itu isi nama dan email adalah di sebabkan…

“KEINGINAN” prospek itu untuk belajar bagaimana nak jual lebih banyak dengan Facebook Ads.

Untuk apa jual lebih banyak? Sebab nak buat lebih banyak duit.

Tak kira ebook anda power sekali pun, penuh dengan info dan guide yang padat dan mampat.

Design squeeze page anda guna template world class Click Funnels dan Leadpages…

Tapi kalau prospek anda tiada “KEINGINAN” untuk belajar Facebook Ads… saya boleh guarantee anda tak akan dapat subscriber dan database yang banyak.

Senang cerita. Anda tak boleh paksa untuk orang beli produk anda!

Apa yang membuat orang beli sebab…

.

.

.

.

.

Orang itu sendiri yang ada “KEINGINAN” nak beli!

Ok ini baru permulaan. Saya harap anda masih bersama saya.

Jangan boring. LESSON INI BOLEH UBAH HIDUP ANDA.

So stay focus.

Pernah tak masuk mana-mana marketing seminar, workshop, dan bayar ratus ribu ringgit?

Sebenarnya kalau anda serious dalam bisnes anda… anda patut join untuk tambah ilmu dan upgrade skill anda.

Cuma saya nak tanya anda… apa yang speaker ajar?

Kalau nak menjual mesti menjual guna emosi.

Betul tak?

Ha-ha-ha!

Macam pernah dengar kan? Semua speaker cakap benda yang sama kecuali segelintir marketer yang dah jual 7 ke 8 angka setahun (golongan ini rasa ia adalah kenyataan kurang tepat).

Ini maksud saya…

Menjual di sebabkan emosi adalah satu pembaziran masa!

Apa? Biar betul?

Tapi itu lah apa guru dan sifu saya ajar!

Kau siapa Hazli nak cakap macam ni!

Biar saya terangkan dulu kemudian anda judge.

JUALAN TIDAK BERLAKU DI SEBABKAN EMOSI!

Ye betul, anda mesti bagi perhatian kepada emosi prospek… tapi anda tidak boleh sesekali puaskan emosi prospek.

EMOSI HANYALAH GAMBARAN ILUSI KEPADA KEINGINAN… EMOSI ADALAH HARAPAN & BAYANGAN KEPADA KEINGINAN.

Baca lagi sekali ayat atas 10X. Sampai anda hafal seumur hidup.

Biar saya terangkan…

Cuba anda tengok…

Anda buat bisnes dan anda gagal – anda kecewa.
Anda tersepak batu dan jatuh depan ramai orang – anda malu.
Ada orang potong line anda beratur masa beli KFC – anda marah.
Anda balik kerja, sangkut atas jalan 3 jam – anda stress.

Kalau anda seorang marketer… ini contoh copy atau iklan yang anda akan buat…

“Dah banyak buat bisnes? Tapi setiap bisnes anda buat rasa kecewa?”

Atau…

“Mesti anda marah bila ada orang potong line, atau tunggu turn terlalu lama di pejabat pos ofis… kini anda boleh buat lesen dan roadtax baru hanya melalui online!”

Nampak tak?

Typical kan? Gunakan emosi sebagai strategi.

Bila anda fokus kepada perasaan kecewa, malu, marah dan stress semata-mata… anda mungkin dapat beberapa engagement dan sales…

Tapi belum cukup untuk anda ubah hidup anda dengan lifestyle pasif income.

Anda tak boleh menjual dengan bergantung 100% kepada emosi… lagi-lagi tahun 2017.

EMOSI SAHAJA TAK BOLEH MENJUAL!

Apa yang boleh?

RAHSIA KEINGINAN YANG SEBENAR!

Jadi soalannya sekarang adalah…

Bagaimana nak keluarkan “KEINGINAN” prospek anda?

Bagaimana nak keluarkan keinginan prospek anda seperti budak tadika tak sabar-sabar pergi ke kedai runcit untuk beli ice-cream, sambil meleleh air liur, meloncat-loncat, tak sabar untuk jilat dan sedut?

Bukankah lagi senang anda menjual sekiranya KEINGINGAN prospek anda sama seperti budak tadika itu?

Ingat balik tadi saya cakap anda perlu perah dan kerah minda anda?

Ini lah masanya.

Anda mesti tahu apa masalah terbesar prospek anda yang perlu anda selesaikan? Apa keinginan sebenar prospek anda?

APA YANG PROSPEK ANDA NAK?!

Prospek anda mungkin rasa kecewa dah berkali-kali gagal… tapi adakah di sebabkan kecewa itu prospek anda beli e-book atau online training anda? Fikir balik betul-betul.

Kalau ye pun pergi ke pejabat pos nak tunggu lama, dan mungkin akan rasa marah dan stress… adakah itu punca kenapa prospek perlu renew lesen dan roadtax melalui online?

Anda mesti tahu apa yang boleh meransang keinginan mereka keluar… seperti bunga menarik perhatian lebah.

Semua keinginan prospek anda boleh di korek 100% dengan 4 HUMAN DRIVES ini.

Bila anda faham 4 DRIVES ini… setia marketing anda, setiap offer anda… akan jadi world class.

Full stop.

Jangan main-main… ini adalah marketing lesson top 1% sahaja yang guna dalam marketing dan sales funnel mereka.

Mulai hari ini, habis sahaja anda baca post ini…

Setiap mesej, setiap ayat dan penyampaian anda akan berbeza dan prospek anda akan bagi anda perhatian!

Inilah yang membezakan sama ada anda buat 4,5,6,7 angka bisnes setahun.

Jadi apa dia 4 HUMAN DRIVES ini?

1) The drive to Acquire.

Keinginan untuk berubah dan dapatkan sesuatu yang lebih baik.

2) The drive to Bond.

Keinginan untuk berkawan, berjemaah, bersosial, dan perasaan untuk berada dalam 1 kominiti, kelompok dan kumpulan.

3) The drive to Learn.

Keinginan untuk belajar sesuatu yang baru untuk terus maju.

4) The drive to Defend.

Keinginan untuk mempertahankan dari kehilangan sesuatu.

Sekarang anda perlu faham…

Kenapa semua manusia ada 4 DRIVES ini yang memang dah tersirat dan tersimpul dalam DNA masing-masing?

Dan bila anda guna 4 DRIVES ini prospek anda tiada peluang tapi terpaksa tunduk dan ikut perintah anda?

Cuba anda tengok budak perempuan 5 tahun.

Nampak ice cream apa dia buat kalau tak dapat? Menangis. Ini adalah ACQUIRE.

Bila nampak kawan-kawan main playground? Apa budak perempuan itu buat? Berlari dan main sekali tanda keriangan. Ini adalah BONDING.

Bila ada budak lelaki nakal cuba curi Barbie Doll? Apa budak perempuan tu buat? Dia akan marah, menjerit dan lawan balik. Ini adalah DEFEND.

Dalam kereta on the way balik kampung… kalau budak perempuan 5 tahun tak pernah nampak sesuatu apa dia buat? Dia akan tanya “mama ini apa?” “mama itu apa?”. Ini adalah LEARN.

Ok Hazli, saya dah nampak dah. Saya dah mula sedar prospek beli di sebabkan keinginan.

Tapi bagaimana saya nak guna semua ini dalam bisnes saya…. sekarang?

Simple.

Anda mesti jawab soalan ini seperti anda hafal ABC. Bila anda jawab dengan confident… maka anda tahu apa rahsia keinginan prospek anda yang sebenar.

Produk saya akan memuaskan keinginan prospek dalam bentuk (acquire, bond, learn, defend) dengan semua manfaat ini…

Biar saya guna I.M. Sniper (best selling online training program di Malaysia untuk DOUBLE ATAU TRIPLE customer dan buat lebih banyak jualan) sebagai contoh:

I.M. Sniper akan memuaskan keinginan prospek dalam bentuk “ACQUIRE” dengan semua manfaat ini…

  • 8 langkah mudah untuk 2X, 3X dan 4X ganda customer dan jualan anda dengan 1 sistem marketing funnel automation… bermaksud jualan itu berlaku secara pasif dan auto!
  • Langkah demi langkah untuk bina marketing funnel sambil position diri anda sebagai pakar, dalam masa yang sama bina hubungan dengan prospek untuk buat jualan lebih banyak dan berterusan.

I.M. Sniper akan memuaskan keinginan prospek dalam bentuk “BOND” dengan semua manfaat ini…

  • Anda akan bersama ramai lagi usahawan dan jutawan dalam 1 private FB Group komuniti, di mana saya dan ramai lagi akan jawab semua soalan-soalan anda.
  • Anda akan dapat insight bagaimana top 1% marketer menjual di Internet dengan taktik dan strategi terbaru… supaya anda sentiasa berada 10 langkah di depan pesaing anda.

I.M. Sniper akan memuaskan keinginan prospek dalam bentuk “LEARN” dengan semua manfaat ini…

  • Anda akan belajar bagaimana dengan 1 teknik ini… iklan anda akan lebih ramai yang share, like dan comment… supaya lagi ramai yang baca iklan anda, lagi ramai yang anda boleh bantu!
  • Saya akan ajar anda kenapa dengan 1 video ini mampu buat jualan 6 angka… dan skrip ini sangat mudah sesiapa sahaja boleh copy dan paste untuk apa sahaja produk dan bisnes.

I.M. Sniper akan memuaskan keinginan prospek dalam bentuk “DEFEND” dengan semua manfaat ini…

  • Habis sahaja tengok ke semua 6 modul hampir 23 jam video training… anda akan berada dalam golongan elite yang dominate market dan sentiasa kekal di atas.
  • Anda tidak perlu risau lagi setiap bulan jualan tak masuk, pening kepala, dan stress… sebab habis sahaja 6 modul ini… anda akan lifestyle dengan hidup bebas masa dan bebas hutang!

Nampak tak?

Saya headshot semua KEINGINAN propsek saya dalam 1 masa! Saya akan serang ke 4 drives ini dengan 1 peluru.

Dan bila anda HEADSHOT KEINGINAN prospek anda tepat ke hati… di gabungkan dengan produk dan offer yang standard global award…

Percaya cakap saya…

Anda akan buat banyak duit.

Apa langkah anda yang seterusnya?

Kalau anda suka apa yang anda baca sekarang… dan anda nak belajar lebih dalam… ENROLL sekolah headshot prospek I.M. Sniper sekarang.

Perah dan kerah minda anda… guna 4 DRIVES ini untuk korek segala rahsia KEINGINAN prospek anda yang sebenar.

Suka post ni? Comment. Share.

5 thoughts on “Bagaimana Nak Korek “Rahsia Keinginan” Prospek Anda Yang Sebenar… Supaya Anda Boleh Jual Dengan Lebih Mudah & Buat Duit Lebih Banyak?”

Leave a Reply to nurul Cancel reply