Bila Anda Nak Jadi Pro Dalam Bisnes Anda?

Dari jauh lagi anda dah boleh bau bila kawan-kawan anda post dalam FB dan IG tentang perjalanan bisnes mereka…

“InsyaAllah sales akan naik 20X ganda lepas ni!”
“Tak sabar nak tunggu seminar Facebook Ads!”
“Alhamdulillah, selesai belajar ilmu copywriting!”

Tak salah pun nak up date setiap hari apa yang kita belajar dan buat dalam bisnes. Cuma masalahnya sekarang ramai yang buat posting setiap hari tapi 12 bulan dari sekarang pun masih belum ada RESULT!

Semua orang boleh belajar, semua orang boleh tulis, semua orang boleh berimpian… tapi bukan semua orang ada minda seperti pro.

Maksud saya pro adalah golongan professional. Income seorang pro selalunya 10x – 30x ganda dari biasa-biasa.

Dalam blog post hari ini saya akan explain kenapa minoriti boleh berubah jadi pro, dan majoriti hanya sekadar “poser” dan akan terus gagal.

Saya juga akan bagi tahu bagaimana anda boleh jadi pro sekarang!

Kenapa jadi amateurs jauh lebih senang?

Jom kita ambil pemain bola sepak sebagai contoh.

Sebenarnya bila anda di bayar berjuta-juta untuk main bola depan puluhan ribu, dan jutaan orang di TV secara live… secara automatik anda akan rasa seperti seorang pro.

Kerja anda main bola. Bola adalah kerja anda. Anda hidup, makan, minum, tidur dengan main bola.

Tapi Messi, Ronaldo, dan Zlatan bukan terus jadi superstar atas angin… tak… jauh sama sekali… mereka berjaya atas hasil kerja professional mereka dan mereka train atas padang setiap hari!

Amateurs pula berbeza.

Mereka ada 2-3 kerja dalam 1 masa. Betul mereka fokus pada 1 kerja yang dah ada sedikit expertise dan skill, tapi mereka juga ada 2-3 kerja extra untuk cari side income dan bayar bill kereta, bill rumah, dan lain-lain.

Mereka terpaksa kerja extra berjam-jam sampai hilang fokus, rasa serba salah dengan diri sendiri, gunakan alasan untuk tengok drama, movie, dan cerita bollywood untuk berada kembali dalam zone selesa.

Pro akan spend time extra 2-3 jam dalam gym… bila orang lain semua dah balik, buka baju, tayang badan dan post dekat IG (walaupun syok sendiri).

Pro tak akan pernah complain walaupun chest press, dada koyak dan sakit. Mereka belajar melalui “repetition, dedication & practise”.

Ametaur awal-awal lagi dah give up. Mereka akan tengok pro dan cakap “kenapa aku tak boleh jadi macam dia?”.

Sepatutnya kerja lebih keras untuk achieve target, tapi hanya pandai complain. Amateur hanya pandai salahkan orang lain daripada take full responsibility atas kejayaan sendiri.

Sekarang saya akan bagi tahu anda 1 SEBAB kenapa jadi pro lebih senang daripada seorang pemain bola sepak EPL dan La Liga…

Bagaimana dan kenapa anda boleh jadi PRO hari ini?

Ini maksud saya…

Nak tukar amateur jadi pro sebagai usahawan, pemain bola, penyanyi mahupun pelakon… sebenarnya bukan terletak dekat tangan orang lain.

In fact… tak ada kene mengena pun dengan income anda, subscriber anda, data ada, atau keturunan anda.

Anda boleh jadi pro hari ini sekarang dengan 1 commitmet dan 1 matlamat yang jelas.

Saya nak anda baca ayat bawah ni 3X.

Today I am turning pro. No more excuses. No more complaining. No more procastination. From this day forward, everything I do will be in pursuit of perfecting my craft, providing value, and staying focused on one project at a time.

Yes, semudah itu. Anda hanya perlu commit dengan diri anda untuk 1 matlamat. Matlamat anda. Impian anda…

Bila anda commit…

Anda akan buang semua bad habit dan semua gangguan lain dalam fikiran anda supaya anda boleh FOKUS dengan kerja anda.

Anda akan bina 1 solid mindset untuk anda bertindak, dedicate masa anda untuk 1 hala tuju yang sangat jelas.

Kalau anda tanya semua pro dalam mana-mana kerjaya… 1 mental shift ini sahaja boleh membezakan anda dari seorang biasa-biasa ke status legend.

Sampai masanya untuk anda tolak ketepi minda didi and friends.

Ye ye saya tahu post ini tak ada kene mengena dengan ads dan copywriting… atau traffic dan conversion.

Tapi apa yang anda baca sekarang sebenarnya jauh lebih penting dari semua aspek teknikal dan teknik dalam bisnes anda.

Kalau anda boleh bezakan pro dan amateur, hidup dan kerjaya anda akan berubah ke level yang lebih tinggi.

Biar saya ulang: Hidup dan kerjaya anda akan bertukar ke level yang lebih tinggi.

Bila anda faham kenapa pro buat apa yang mereka buat… anda akan level up kerja anda.

Sekarang jom kita kembali ke realiti… apa yang seorang pro akan buat dalam bisnes?

Saya tak kira anda seorang pro dalam bisnes affiliate, bisnes dropshop, bisnes jual produk sendiri, bisnes MLM, bisnes forex, bisnes insurans atau apa sahaja yang berkaitan dengan online marketing…

  • Anda rasa pro outsource tak semua kerja design, tak kira berapa harga pun?
  • Anda rasa pro ada tak schedule untuk social media posting, blog post posting dan semuanya mesti on time?
  • Anda rasa pro tengok tak semua metrik penting dalam bisnes untuk buat big decision?
  • Anda rasa pro hire tak accountant untuk jada cashflow atau membazir masa setiap bulan cuba untuk belajar sendiri?
  • Anda rasa pro membazir masa tak belajar segala benda mak nenek, atau spend time lebih sikit masa untuk practise webinar?

Sekarang anda nampak. Mindset shift ini sangat penting dan ia akan effect cara anda buat decision dalam bisnes.

Bila anda jadi pro, anda dah tak boleh U-turn.

Sebab seorang pro dalam kerjaya… mereka terus terjun dalam sungai, bukan acah-acah celup kaki kanan, kemudian kaki kiri.

Pro commit 100%, fokus 100% dan dedicate hidup dengan kerjaya sampai berjaya.

Sekarang saya nak cabar anda…

Bagi tahu saya apa yang anda dah buat sepanjang tahun 2017? Apa achievement anda? Apa contribution anda dalam market anda?

Kalau anda belum ada result dalam bisnes… Masih stagnant dengan alasan “saya sekarang masih tengah belajar dulu baru nak buat”…

Sebenarnya…

Jawapan: anda masih dalam minda amateur.

Kenara hanya amateur yang akan bagi alasan sampai masuk kubur.

The decision is yours alone.

All in or don’t go in at all.

Suka post ni? Comment. Share.

Leave a Comment