Cara Saya Buat Prospek “Tak Tahan” Sampai Keluarkan Duit Untuk Di Bantu

Dalam post ini…

Sekiranya anda nampak dan faham intipati mesej dan ramuan yang saya cuba sampaikan…

Sekiranya anda tangkap “1 ilmu marketing” ini…

  • Anda tak perlu risau lagi sama ada produk anda laku atau tak.
  • Anda tak perlu risau lagi tentang engagement, like, share dan comment anda sikit atau banyak.
  • Anda tak perlu risau lagi tentang tak ada siapa nak baca email anda… atau tengok video anda… atau baca post anda.

Dalam post ini…

Sekiranya anda nak M-E-S-E-J anda lebih menyengat lagi berbisa, seperti anak panah tembus hati, dan tangkap perhatian prospek sehingga terkeluar biji mata…

Sampai tahap prospek anda sawan kalau mereka abaikan…

Baca post ini sampai habis.

Sebab walaupun post ini tak ada benda fancy-fancy sangat pun, bukan high tech marketing atau hybrid integration menggunakan teknologi atau sistem paling canggih…

Saya yakin… kandungan post ini lebih tinggi nilainya dari semua app dan software marketing automation kesemuanya bergabung.

Dah cukup meyakinkan kenapa anda perlu baca post ini sampai habis?

Bagus.

Oh ye…

Just in case…

Kalau anda tak faham… baca 2X.

Tak faham juga. Baca sampai faham.

Cara Saya Buat Prospek Menangis Sampai Keluarkan Duit Untuk Di Bantu

Pertama sekali anda perlu…

Cari dan gali ketakutan prospek sampai ke dasar laut, korek keluar semua perasaan was-was, ragu-ragu dan perasaan tak selesa dalam hidup mereka…

Kemudian pegang tangan mereka dan tunjuk jalan keluar.

Kalau anda berjaya MASTER 1 perkara ini sahaja dalam market anda…

Anda akan buat duit lebih banyak dari apa yang anda sangka anda boleh buat.

Tapi anda mesti betul-betul tangkap dulu apa yang saya maksudkan…

Cari dan gali ketakutan prospek sampai ke dasar laut, korek keluar semua perasaan was-was, ragu-ragu dan perasaan tak selesa dalam hidup mereka…

Saya tak maksudkan takut berniaga sebab gagal. Tak. Itu baru surface, belum dasar laut.

Jiran sebelah rumah saya pun tahu ramai orang takut berniaga sebab takut nak ambil risiko dan gagal.

Saya juga tak maksudkan takut nak spend duit untuk Facebook Ads sebab takut bakar duit. Tak. Itu pun belum cukup korek lagi.

Ramai marketer takut untuk spend duit Facebook Ads sebab… itu sahaja duit yang mereka ada! Kalau iklan tak menjadi? Minggu depan nak makan guna duit apa?

Untuk menang hati customer, anda mesti tahu apa yang mereka sebenar-benarnya takut.

Ingat ayat ini sampai mati.

INSECURE.

Anda mesti gali lebih jauh ke dalam. Ke dalam lubang gelap gelita, di mana belum pernah ada manusia yang sampai… dan anda merupakan orang pertama yang suluh lampu.

Anda mesti kenal market dan prospek anda macam anda tahu setiap tahi lalat yang ada atas kulit muka anda.

Apa yang saya maksudkan?

Biar saya bagi tahu anda satu cerita.

Pada awal tahun 2014, saya mula buat bisnes MLM.

Ye betul. M-L-M. Multi level marketing. Kalau anda benci dengan MLM, tolong jangan cari gaduh dengan saya. MLM telah banyak mendidik saya untuk menjadi seorang pemimpin.

Bisnes MLM juga telah bagi saya pasif income setiap bulan… sampai sekarang dan tahun-tahun yang akan datang.

Tapi bukan itu point yang saya cuba nak sampaikan.

Dalam masa tak sampai 8 bulan (1st bisnes MLM saya buat seumur hidup), saya berjaya dapat ranking dan status teratas dalam syarikat, dan kaut semua manfaat yang ada seperti tabung kereta dan tabung rumah.

Ini standard. Dalam mana-mana syarikat MLM mesti ada reward yang tak munkin vendor affiliate atau dropship anda boleh bagi… melainkan commission 50% dan Iphone 7.

Tak sampai 12 bulan, group saya telah berjaya “recruit” seramai 3000 orang!

Anda perlu tahu… saya sedang bercerita tentang industri yang orang keji, tahap skeptism paling tinggi, dan ketepuan yang melampaui batas sehingga semuanya negatif.

Senang cerita… semua orang benci MLM.

Jadi bagaimana saya yang tak pernah tahu selok belok bisnes MLM boleh buat dapat semua reward, sampai ke status yang tertinggi, dan menang semua anugerah?

Jawapan…

Sebab saya tahu apa usahawan MLM takut. Apa yang sebenarnya mereka tak yakin dengan diri sendiri bila buat bisnes ini? Rasa tak selamat, tak terjamin, tak boleh berharap?

Saya tahu apa masalah dan cabaran mereka yang sebenar!

Berikut adalah salah satu email yang saya hantar kepada database email dalam industri MLM.

Baca dan cuba tangkap apa yang saya buat.

Oh ye, email ini juga telah buat saya income 6 angka pada tahun itu.

.

.

Subjek: Mockcheque upline, penipuan dan video tape?

Salam dan hi.

Saya masih ingat lagi…

Masa saya mula-mula buat bisnes MLM, hampir semua orang yang ada dalam syarikat itu guna CD player untuk recruit.

(Ye betul, saya bercerita tentang zaman dinasour masih lagi bersiar-siar di atas muka bumi)

Dengan kata lain…

Syarikat tak nak anda yang terangkan tentang peluang bisnes dan produk mereka.

Sebab syarikat tahu… Mereka sedar…

Orang baru yang join bisnes MLM masih lagi “mentah” dan susah untuk buat bisnes ini lagi-lagi menjual kepada kawan-kawan dan sedara mara…

Juga bermaksud… susah untuk duplikasi!

Maka tercipta lah CD dan CD player.

Daripada anda yang terangkan dan menjual… semuanya video yang buatkan.

Anda hanya perlu masukkan CD dalam CD player… kemudian tekan play.

Tapi…

Ada satu masalah besar.

Masalah ini sampai sekarang semua usahawan MLM masih bertungkus-lumus.

Iaitu…

Apa yang berlaku bila video itu dah habis?

Apa yang anda nak jawab bila prospek anda tanya 1001 jenis soalan?

Kalau video itu tak jawab semua “objection” yang ada? Dan sebenarnya memang agak mustahil untuk jawab semua soalan-soalan prospek lagi-lagi kalau video itu main dalam 30 minit!

Apa yang anda buat bila prospek anda tanya “berapa income anda sekarang?” atau “hmm macam sistem piramid je, siapa yang bawak kau masuk?” atau “aku tak percaya macam mana kau boleh terpangruh?”…

Dan macam-macam lagi. Soalan demi soalan demi soalan.

Saya cukup benci bila dapat soalan macam tu.

Nampak sangat prospek tahu saya goyang dan tak layak untuk bercerita tentang bisnes!

Yang paling tak selesa bila tangan basah, dahi dah mula berpeluh, macam tengah tahan buang air besar!

Tapi ini adalah antara pengalaman terbesar saya dalam dunia sales!

Sebab itu saya keluarkan training seperti I.M. Sniper.

Saya tahu untuk buat bisnes dalam bentuk “peluang perniagaan”…

Mesti ada satu sistem untuk jawab semua soalan-soalan yang prospek akan tanya.

Dan itulah apa yang saya buat.

Satu sistem supaya anda tidak perlu jumpa orang.

Tak perlu guna CD.

Tak perlu jumpa customer secara 1 to 1.

Semuanya berjalan secara auto… atau ia di panggil automated marketing funnel!

Anda hanya perlu buat website, hantar traffic dan tunggu notifcation jualan!

Senang dan mudah kan?

Oh ye, tak perlu lagi tangan berpeluh dan bergetar-getar bila prospek tanya anda soalan… sampai kadang-kadang terpaksa menipu income mokcheque yang anda tak pernah dapat. Bagi saya… itu paling keji.

Untuk dapatkan FULL PREVIEW tentang I.M. Sniper, anda boleh pergi ke:

***LINK***

.

.

Nampak tak apa yang saya buat dalam email ini?

Saya faham situasi prospek. Saya study masalah industri dengan cekap. Saya bercerita tentang masalah sebenar bisnes MLM dan apa yang sebenarnya berlaku.

REAL LIFE SITUATION.

Ye memang susah untuk buat bisnes ini… lagi-lagi nak yakinkan kawan-kawan rapat anda jadi downline anda.

Tapi itu semua orang tahu.

Jadi apa saya buat?

Saya guna gerudi untuk gali 3800 meter lagi dalam.

Saya bercakap bahasa MLM. Saya seolah-olah ada di kanan, kiri, depan dan belakang mereka sepanjang masa. Saya faham situasi mereka!

Dan akhir sekali…

Di sebabkan satu email itu sahaja…

Ribuan prospek berlari datang ke preview bisnes MLM saya… sedangkan saya sendiri tak pernah buat MLM.

Jadi apa yang anda perlu buat sekarang?

Cari dan gali ketakutan prospek sampai ke dasar laut, korek keluar semua perasaan was-was, ragu-ragu dan perasaan tak selesa dalam hidup mereka…

Bagi mereka rasa INSECURE…

Potong guna pisau. Kemudian perah limau dan garam. Kasi prospek anda menangis tak tidur malam.

Gunakan INSECURE prospek anda untuk jual produk, servis atau apa sahaja yang anda nak jual… lebih banyak, lebih laju, dan lebih berganda-ganda.

Idea sangat simple. Saya rasa anda dah nampak apa yang saya cuba nak sampaikan.

Kesimpulannya…

Become the master of your market!

Kenal market anda macam anda kenal ABC. Bila orang tanya 1 tambah 1 apa… zaaas terus saraf otak semuanya bercantum untuk anda jawab…

Anda perlu buat research macam professor tengah siapkan thesis. Tengok market anda macam sharpshooter. Pegang sniper bukan shotgun.

Jangan pandang remeh. Jangan pandang sebelah mata.

Semua jawapan yang anda cari… semua duit dan kekayaan ada dalam market anda.

 

Suka post ni? Comment. Share.

1 thought on “Cara Saya Buat Prospek “Tak Tahan” Sampai Keluarkan Duit Untuk Di Bantu”

  1. Bapak maut tul cerita ko ni ….

    Ada unsur2 logik dan kebenaran …

    Lepas baca aku pun berfikir … macam mana nak takutkan orang …

    Kenapalah bangang sangat aku tak fikir benda ni dulu … PUIII !!!

    Ok ok message di terima …

    Gua try pikir sampai pecah kepala macam mana nak takutkan orang …

    Tima kasih

    Gua bagi 5.1 bintang dari 5 bintang

Leave a Comment