Perlu Ke Sales Funnel Yang Mahal, Advance & Up To Date?

Saya nak bagi anda amaran. Post ini penuh dengan kontroversi.

Kita semua tahu apa yang membezakan bisnes 5,6 dan 7 angka adalah sales funnel.

Dengan sales funnel…

Yearly revenue anda akan naik, customer value anda akan naik… income anda juga akan naik.

Tapi…

Kalau anda aktif ikut trend industri Internet Marketing, mereka semua nak anda percaya bahawa:

“Anda perlu sales funnel yang mahal, advance dan up to date untuk terus bersaing dalam bisnes online”.

Siapakah “M-E-R-E-K-A” yang saya maksudkan?

  • Syarikat marketing funnel automation
  • Sifu, guru dan tenaga pengajar Internet Marketing
  • Software devoloper
  • Program developer

Mereka semua TAK akan bagi tahu anda apa yang saya akan bagi tahu anda sekarang!

Mereka semua tak nak anda tahu betapa simple sebenarnya untuk buat sales funnel 6 angka setahun.

Anda kene faham…

Ada banyak duit dalam “bisnes funnel”, sebab itu “M-E-R-E-K-A” invest dalam bisnes ini.

Mana tak nye… Ini antara “manfaat dan nilai” sesuatu software dan application funnel yang di janjikan…

  • Rahsia upsell dan downsell untuk anda senang-senang 10X ganda bisnes anda.
  • Cost untuk setiap lead, prospek dan customer boleh turun macam beli gula-gula hacks.
  • Template yang terbukti dapat conversion tinggi
  • Template email untuk anda guna dan boleh keluarkan duit dari dompet subscriber anda

Kemudian mereka tunjuk anda gambar yang menakutkan seperti ini:

infusionsoft-funnel

Kalau tengok sekali, confirm terbeliak mata. Siapa je yang sanggup nak belajar semua ni? Yang saya pasti makcik jiran sebelah rumah saya confirm otak berasap bila tengok diagram ni.

Tapi siapa saya nak cari gaduh dengan seluruh industri “funnel bisnes” ni?

Boleh ke saya buktikan “sales funnel” ini sebenarnya tak susah mana pun!

Sebelum tu… Saya nak anda lupakan tentang diri saya dulu.

Ye… betul saya ada hampir 7 tahun pengalaman dalam industri ini, saya dah rugi ratusan ribu ringgit dan buat jualan jutaan ringgit, saya juga dah didik ramai student yang buat 6 angka sebulan dan semakin meningkat setiap tahun…

Sekarang… Jangan percaya apa yang saya cakap di sebabkan kredibiliti saya…

Saya nak bagi anda bukti depan mata . Terang lagi nyata.

CASE PERTAMA: Cuba tengok McD

mcdonald-logo

Jual burger. Kemudian jadikan meal (campur coke dan fries). Lepas itu upsize (size medium atau large)

Boom! Sekelip mata saya dah bongkarkan anda sales funnel McDonald!

Oh tunggu jap…

Perlu ke saya lukis diagram untuk bagi anda nampak?

Saya tahu apa yang anda sedang fikir sekarang…

McD syarikat besar… mana sama.

McD restoran fast food, semua orang kenal, orang duduk dekat Azerbaijan pun tahu! Lagi pun hampir semua jual beli berlaku offline.

Ok saya faham.

Saya juga tak nak cakap lebih kenapa “McD jadi syarikat gergasi dengan sales funnel yang simple seperti ini”…

Nanti dulu… Saya belum habis lagi.

CASE KEDUA: CJ Wow Shop

wowshop

Jual 1 produk dalam 1 masa. Kemudian… Jual lagi produk yang berlainan dan lagi dan lagi dan lagi dengan lebih banyak.

Pernah tengok NTV7? TV3? TV9?

Pengacara atau host akan cuba sedaya upaya untuk jual produk mereka secara LIVE… setiap 5 minit akan keluar nombor telefon untuk anda order sekarang! 50 orang pertama dapat special bonus.

TV Show seperti WowShop, SmartShop dan seumpama dengannya… mereka kategori hard core direct reponse. Dalam TV itu juga mereka akan cuba buat sales!

Ye betul… Mereka guna TV untuk jual barang.

Tapi… Point dia sekarang…

Bayangkan sales funnel anda adalah “1 sales page” semata-mata… tak ada upsell, downsell… tapi tetap ada orang beli!

Kalau strategi ini lapuk? Tak mungkin SmartShop masih bertahan lebih 20 tahun!

Masih lagi percaya anda perlu sales funnel yang advance, up to date dan mahal baru boleh berjaya?

Fikir balik betul-betul… Mungkin selama ini anda silap.

CASE KETIGA: Seminar

seminar

Anda pergi seminar. Habis seminar… speaker akan upsell masuk VIP membership RM997 kalau nak belajar lebih advance.

Kemudian upsell lagi sekali RM4997 untuk workshop 3 hari untuk sesi praktikal.

Tak cukup lagi? Upsell pula RM20000 untuk 1 tahun coaching program.

Perlu ke website untuk setiap upsell? TAK! Mereka akan upsell dalam program itu secara offline!

Boom!

Ok mungkin saya berat sebelah sikit dekat sini. Kebanyakkan mereka yang buat seminar adalah PRO atau SEASONED MARKETER.

Mereka guna video, squeeze page, sales page, email marketing… dan lain-lain… mereka ada team sendiri.

Hampir semua sifu-sifu kat Malaysia yang guna “sales funnel” simple ini dah buat jualan jutaan ringgit setahun!

Sales funnel ini sangat efektif… 99% usahawan yang buat bisnes seminar semuanya guna funnel yang sama!

Mungkin ada yang guna E-book sebagai upfront dan banyak lagi taktik yang boleh guna untuk dapatkan database prospek.

Tapi… Bukan itu point dia!

Ini lah sales funnel otai-otai yang dominate Internet buat masa sekarang.

Dan kalau anda masih belum boleh terima hakikat bahawa betapa senangnya nak buat “SALES FUNNEL”…

Bukan anda tak cukup ilmu, tapi penerimaan anda terhadap realiti yang sebenar.

Ingat…

Lagi simple sales funnel anda… lagi cepat anda buat duit dan lagi senang anda kembangkan bisnes.

Ini takeaway post ini.

Anda tak perlu pun sales funnel yang mahal atau nampak “macam” power tapi sebenarnya lebih menghancurkan flow jualan daripada buat lebih banyak!

Apa yang membezakan usahawan buat duit gila-gila dengan usahawan buat duit sekadar cukup bayar hutang adalah…

Kebolehan untuk menjual front offer, mid offer dan high end offer dengan efektif!

Saya rasa saya dah buktikan dalam post ini.

Ok cukup setakat ini…

Mungkin post yang seterusnya saya akan bagi tahu anda lebih banyak lagi kebenaran tentang bisnes funnel dan bagaimana untuk anda tidak perlu lagi terpedaya dengan software dan application yang mahal!

Kalau anda nak belajar bagaimana nak bina sales funnel 7 angka setahun dengan cara yang mudah dan efektif…

Tengok video training ini… Kemudian daftar sekolah I.M. Sniper.

Anda akan belajar “bukan setakat” sales funnel… tapi bagaimana nak tukar funnel anda jadi cashflow secara auto, long term dan konsisten.

Daftar sekarang.

Sebenarnya apa yang masih menghalang anda dari bisnes 5,6 atau 7 angka adalah satu sales funnel yang proven…

Sesiapa sahaja boleh buat dan bina funnel itu sekarang bila guna method dan cara yang proven!

Suka post ni? Comment. Share.

1 thought on “Perlu Ke Sales Funnel Yang Mahal, Advance & Up To Date?”

Leave a Reply to fahmi samuni Cancel reply