Kenapa Dengan “Sales Page World Class” Sahaja Belum Cukup Untuk Anda Menjual?

Anda mungkin ada produk yang boleh dikatakan “TERBAIK” dalam pasaran.

Anda mungkin ada sales page (surat jualan) yang tangkap leleh dengan ayat-ayat bunga seharum kasturi.

Tapi saya nak bagi tahu anda…

Walaupun sales page anda power dan di tulis oleh copywriter tahap langit ke tujuh…
tapi ia belum cukup untuk anda “survive” pada tahun 2017 dan akan datang.

Cuba anda fikirkan…

Menjual di Facebook sahaja dah “old school”. Dah tak sama macam 2 tahun lepas.

Saya masih ingat lagi…

Buat campaign page post engagement. Budget RM100. Setiap engagement 0.01-0.02 sen! Saya satu-satunya seller online yang menjual produk itu.

Pulangan berganda-ganda sampai ia jadi “playground kanak-kanak untuk buat duit”!

Tiada pesaing. Tiada perang harga. Semuanya pelangi dan matahari.

Tapi zaman itu dah lama pergi.

Ia tinggal kenangan.

Sekarang pesaing semua dah bijak. Pesaing anda semua tahu Facebook adalah marketing platform yang luas dan efektif.

Sebab itu mereka masuk seminar dan belajar dari sifu-sifu FB.

Pada awal May tahun 2016… saya buat 1 experiment.

Dalam market kecantikan wanita.

2 campaign FB Ads.

Satu guna cost per click dan terus hantar ke sales page.

Satu lagi guna cost per click dan hantar ke squeeze page, kemudian follow-up guna email autoresponder.

Ini result yang saya dapat.

Tanpa email auto responder.

Result yang saya dapat bila guna email auto responder yang proven dan berkesan.

Anda nampak tak perbezaan?

Saya baru sahaja 12X ganda jualan saya dengan email marketing! Ini baru permulaan. Saya baru dalam fasa experiment. Belum betul-betul push lagi untuk dapatkan 300-500 database email setiap hari!

Senang cerita… Email marketing mampu 40X ganda BOOST jualan anda kalau guna dengan cara yang betul.

Jadi sebelum anda cuba strategi social media yang lain… atau beli software terbaru di pasaran dengan harapan ia boleh automate kan bisnes anda…

Saya nasihatkan anda besarkan audience dan database prospek dengan bina email followup sequence yang boleh menjual untuk long term!

Inilah apa yang saya ajar dalam Email Superstar Masterclass. Kalau anda belum register lagi, anda boleh guna link ini.
.
.
Bila anda katam dan habis semua video training yang ada dalam masterlass ini, pesaing anda semua akan melutut dan masing-masing akan cuba ikut dan tiru anda.

Ini apa yang berlaku dalam beberapa bisnes saya.

Susah untuk pesaing saya “ikut” hanya di sebab kan saya faham kepentingan email dalam bisnes.

Bukan sekadar itu, tapi saya juga faham bagaimana nak tulis autoresponder yang boleh bina hubungan, dalam masa yang sama memberi nilai, memujuk dan menjual!

Pernah tak anda dengar… Dan Kennedy (legend copywriter) sendiri pernah cakap…

1 email autoresponder yang superb… bila di guna dengan cara yang betul… akan bagi anda cashflow yang konsisten selama bertahun-tahun.

Saya setuju 100% dengan Dan Kennedy!

Bila anda dengar “the money is in the list”… Saya bagi 100% support dan endorsement dengan statement itu… Memang tidak dapat di nafikan lagi.

Apa yang membuatkan email sangat powerful adalah di sebab kan “connection di antara anda dan juga subscriber anda”.

Bukan seperti social media yang bising dan kalut seperti pasar malam…

(Jangan salah faham… social media ada peranan yang tersendiri dalam bisnes… banyak video saya di Youtube terangkan kegunaan social media)…

Tapi dengan email autoresponder…

Anda boleh guna emosi, naikkan nafsu keinginan untuk membeli, bina audience yang ghairah dan peminat setia anda seperti penyokong Harimau Malaya… Walaupun 3 tahun dari sekarang mereka masih lagi lapar membaham produk-produk anda.

Ini yang membuatkan email mengatasi semua channel pemasaran yang ada di Internet.

Jadi kalau anda ada sales page (surat jualan) dan anda nak “UPGRADE” sistem jualan dan bisnes anda setinggi 40X ganda… email autoresponder adalah jawapan anda yang tepat.

Suka post ni? Comment. Share.

5 thoughts on “Kenapa Dengan “Sales Page World Class” Sahaja Belum Cukup Untuk Anda Menjual?”

Leave a Comment