Facebook Ads: 5 Perbezaan Di Antara PRO Dan NEWBIE

Dalam blog post ini…

Anda akan belajar bagaimana PRO spend duit untuk Facebook Ads.

Untuk elakkan diri anda kecewa atas segala usaha anda dengan Facebook Ads…

Saya dengan tegas ingin nasihatkan anda… BACA BLOG POST INI SAMPAI HABIS!

Ia dapat selamatkan masa anda terbuang sia-sia dari duit hangus, lebur dan lesap.

Siapa yang wajib baca post ini?

Sesiapa sahaja yang guna Facebook Ads tapi masih belum spend minumum RM300 sehari.

Selagi anda belum spend RM300 sehari, bermaksud anda sama ada…

A. Cukup-cukup makan dan masih tercungap-cungap setiap bulan untuk maintain income anda.

B. Cashflow anda tak cantik, sekejap naik sekejap turun… bisnes anda tak stable.

Tak kira anda yang mana satu…

ANDA SEPATUTNYA BUAT LEBIH BANYAK DUIT DENGAN FACEBOOK ADS DARI APA YANG ANDA DAPAT SEKARANG!

Ini adalah 5 perbezaan di antara PRO dan NEWBIE…

Mindset, langkah, dan tujuan untuk setiap sen anda labur dengan Facebook Ads.

PERBEZAAN 1: Bagaimana PRO bina struktur campaign Facebook Ads?

Bagi saya stuktur adalah tulang belakang untuk semua advertising platform… dan saya nak anda tahu… IA SANGAT PENTING!

Silap paling besar NEWBIE No.1 adalah…

1. Budget RM500.
2. Create campaign.
3. Dalam campaign buat 1 ad set.
4. Dalam ad set letak 1 iklan.
5. Tak ada split test.
6. Tak baca dan kumpul data.
7. Lepas itu berharap dan berdoa jualan masuk tak henti-henti.

Ini yang saya panggil “SYNDROME NAK BUAT DUIT CEPAT TAPI MALAS”
linear-campaign

Jadi bagaimana PRO buat?

Saya namakan ini struktur campaign 1-5-3.

1 campaign. Dalam campaign ada 5 ad set. Dalam setiap ad set ada 3 ads.

campaign-1-5-3

Bila anda setup semua campaign anda guna structure 1-5-3… saya boleh guarantee anda akan lebih cepat buat duit.

Saya bagi contoh.

Campaign Objektive: Click To Website

Ad Set 1: Target fan page anda.

Ad set 2: Target friends of people who like your fan page.

Ad set 3: Target 1% look alike audience fan page anda.

Ad set 4: Interest (prospek anda yang highly targeted)

Ad set 5: Custom audience (database email anda, pixel anda)

Ad: Buat 3 gambar iklan dan copywriting, guna untuk setiap ad set.

Nampak tak bezanya?

Ye memang lebih banyak kerja. Tapi saya yakin… bila anda buat struktur campaign 1-5-3… LAGI CEPAT DATA ANDA KUMPUL MAKA LEBIH CEPAT ANDA BUAT DUIT!

PERBEZAAN 2: Kenapa PRO spend 20% ad budget untuk beli data?

Dekat sini ramai yang saya tengok silap.

Kebanyakkan newbie bila run campaign, mindset mereka hanya untuk buat sales.

Mereka rasa bila run campaign, semuanya jadi pelangi dan matahari.

Cara PRO fikir lain…

Mereka akan guna 20% budget untuk beli dan kumpul data. (Kalau terus dapat sale, alhamdulillah)

Tapi bukan itu tujuan utama pada fasa awal campaign.

Contoh.

Kalau budget anda RM1000.

Guna RM200 untuk TEST ad set dan ad yang mana satu paling banyak response, engagement, acquisition, dan mungkin sale?

(Terpulang pada apa objektif iklan anda)

NEWBIE akan guna RM1000 untuk kejar sale semata-mata.

PERBEZAAN 3: PRO akan tengok dan bermain dengan data secara serious.

Bila anda bina campaign structure 1-5-3…

Anda akan nampak dengan jelas ad set dan ad yang mana satu paling tinggi response dan engagement.

Biar data yang tentukan mana satu ad set dan ad yang MENANG.

PERBEZAAN 4: PRO akan pancung ad set yang kalah dan biarkan yang menang.

Bila menang dan kalah nampak ketara, pause semua ad set yang kalah dan tak mendatangkan hasil.

Tapi anda mesti bijak menilai yang mana satu menang yang mana satu kalah.

Refer balik kepada objektif campaign anda.

Kalau tujuan anda untuk dapatkan sebanyak klik yang mungkin… ad set mana satu CTR paling tinggi, CPC paling rendah?

click-to-website-stats

Kalau website conversion untuk kumpul database email… yang mana satu cost per conversion paling rendah?

per-conversion

Kalau video views… tengok pula yang berapa banyak leads anda dapat… atau sales? Berapa cost untuk setiap acquisition?

video-views

Seperti yang saya cakap… PRO akan tengok data gila-gila!

Bottom line… tujuan anda buat iklan adalah untuk buat sales!

Dan sebelum anda buat sales… anda WAJIB TAHU DATA!

PERBEZAAN 5: Guna lagi 20% ad budget anda untuk test balik sama ada ad set yang menang itu memang betul-betul proven atau hanya nasib baik.

Bila anda test kali kedua dan anda dapat data yang sama…

Kalau betul proven, ada ROI, ada hasil…

Hentam terus lagi 60% budget anda dan tengok campaign Facebook Ads anda jadi ATM machine anda setiap hari!

Tengok income anda bertambah-tambah dalam bank account.

Bila ini berlaku… anda akan rasa budget Facebook Ads anda tak cukup setiap hari.

Anda akan senyum, happy, stress-free, dan boleh bawa family pergi holiday.

Yes, it is that simple.

P/S: Disclaimer. Perasan tak saya banyak guna 2 perkataan yang sama. PRO dan NEWBIE.

PRO maksud saya… Bila saya tanya semua “BIG PLAYER” Facebook Ads yang labur lebih 6-7 angka setahun… Jawapan dan langkah mereka semua sama!

Inilah mindset dan approach yang sama saya ambil untuk setiap campaign yang saya run dalam bisnes saya.

Anda juga patut guna approach yang sama.

Suka post ni? Comment. Share.

9 thoughts on “Facebook Ads: 5 Perbezaan Di Antara PRO Dan NEWBIE”

Leave a Comment