Hanya Ada 1 Metrik Anda Perlu Tahu Dalam Bisnes & Advertising… Dan Bila Anda Tahu (Jualan Anda Akan Bergoncang!)

Saya jarang berkongsi information macam ni.

Tapi ia terlalu berharga untuk saya simpan sorang-sorang.

Saya nak bagi anda amaran, apa yang anda baca sekarang adalah ibarat “longgok emas” depan mata tinggal nak kutip.

Jadi fokus betul-betul dan baca setiap patah perkataan.

Sebulan sekali saya akan ambil 3-4 hari untuk buat satu trip dalam Malaysia (mat salleh panggil getaway)…

Thistle Port Dickson

Thistle Port Dickson
Everly Putrajaya

everly-putrajaya
Feringgi Penang

feringgi-penang
Pullman Putrajaya

pullman-putrajaya
Genting Highland

genting-highland
Kononnya untuk release stress.

Tapi saya terbalik.

Saya buat trip getaway sebab nak cari idea baru untuk kembangkan lagi bisnes dengan cara yang paling simple dan efektif.

Setiap kali saya balik dari trip getaway… saya akan bawa balik sekurang-kurangnya 20-30 muka surat nota penuh dengan “step-by-step action plan”.

Kenapa saya buat macam ni?

Pertama: Tenang kan minda. Nak rehatkan otak. Bagi fresh.

Kedua: Untuk pastikan saya sentiasa fokus dengan matlamat yang jelas. Saya tak nak keliru langsung. Saya nak hala tuju bisnes saya sentiasa memberi impak maximum dalam masa yang singkat.

Ketiga: Dalam semua sesi personal branistorming saya… saya akan fikir tentang 1 metrik bisnes.

Bagi saya… ini yang paling penting.

PALING PENTING.

Percaya cakap saya… ini lah metrik yang anda sepatutnya fokus sekiranya anda nak hidup bebas masa dan hutang.

Ramai direct response marketer gagal sebab mereka tak faham bagaimana nak kira berapa banyak mereka boleh spend dekat “surface level” iaitu advertising.

In fact… ramai ingat profit mereka dekat surface level.

Ini silap besar namanya.

1 metrik ini memang tak ramai “sifu & guru” di Malaysia yang ajar… sedangkan ia metrik paling penting dalam bisnes anda.

Saya sendiri tak tahu kenapa… mungkin sama ada “sifu & guru” itu sendiri tak tahu, atau mereka lebih selesa bercerita tentang metrik yang terlalu “sophisticated”.

Atau mungkin anda perlu bayar mereka yuran premium untuk belajar.

Bottom line… tak kira anda pernah dengar atau tidak…

Hanya ada 1 metrik yang anda perlu tahu dalam advertising iaitu:

LIFETIME CUSTOMER VALUE (LCV)

Bila anda tahu berapa nilai setiap customer anda sepanjang hayat…

Anda akan tahu exacty berapa banyak anda boleh spend untuk setiap customer.

Cuba anda fikirkan…

Kalau anda tahu setiap customer anda nilainya RM500, bermaksud anda boleh spend RM400 untuk dapatkan customer itu dan tetap buat profit!

Bila anda faham metrik ini… anda tidak akan pedulik lagi dengan metrik-metrik seperti CPC, CPM, CPL dan lain-lain.

Yes anda boleh tahu kalau nak… tapi ini permainan kanak-kanak ribena.

ribena

Bagi saya… LCV adalah segala-galanya.

Soalan-soalan seperti “harga untuk setiap klik 75 sen ok ke?” atau “kat mana nak dapat traffic paling murah ye?” juga akan terbenam buat selama-lamanya.

Kanak-Kanak Ribena = fokus pada macam mana nak dapat iklan murah ye?

Pro = macam mana nak naikkan LCV dengan memberi nilai dan manfaat tahap epic kepada customer?

Welcome to the big boy’s league.

Bila anda tahu nilai LCV anda… bisnes anda akan lebih cepat berkembang dan jadi jauh lebih mudah.

Simple teori dan formula.

Bila anda boleh spend lebih banyak dari pesaing anda – anda menang.

Tapi bila anda sendiri tak tahu berapa nilai LCV anda…

Sebenarnya anda tengah buat campaign paid advertising dalam keadaan tertutup mata… gelap gelita tiada arah tuju.

Jadi sekarang jawapan yang anda nak tahu…

Bagaimana nak kira nilai LCV?

Ok… sebenarnya tiada jawapan yang tepat.

No size fits all calculation. Cara kiraan LCV lain-lain dalam bisnes.

Lain orang lain pula cara kira LCV.

Bisnes anda tak sama macam bisnes saya.

Tapi just nak make sure yang anda faham apa maksud LCV…

Saya akan buat dalam bentuk diagram supaya anda boleh nampak dengan jelas.

rm5000-budget

Let’s say saya ada budget RM5000 untuk marketing.

Dengan RM5000 saya berjaya dapat 5000 subscriber.

Jadi setiap subscriber saya bayar dengan harga RM1.

Setuju?

10-conversion-rm10

Dari 5000 suscriber, 500 orang akan beli produk saya yang berharga RM10.

Jadi 500 subscriber ini akan bertukar jadi customer saya.

500 x RM10 = RM5000

Sekarang nilai setiap customer saya adalah RM10.

Sebab mereka hanya beli satu produk.

Tapi dalam email campaign saya… saya akan promote lagi 3 produk dalam jangka masa 3 bulan.

1 produk 1 bulan.

produk-a-cr

Produk A. Harga RM97.

75% customer saya akan beli.

0.75 X 500 X 97 = RM36,375

produk-b-cr

Produk B. Harga RM197.

20% customer saya akan beli.

0.2 X 375 X 197 = RM14,775

produk-c

Produk C. Harga RM997. 10% customer saya akan beli.

0.1 X 75 X 997 = RM7,477.50

Jadi total income semuanya adalah…

RM63,597.50

LCV saya pula adalah…

(RM5000+RM36,375+RM14,775+RM7,477.50)/500

RM127.20

Jadi kalau anda perhatikan dengan mata sharpshooter anda…

Setiap subscriber yang isi nama dan email…

Saya sebenarnya buat duit sebanyak RM11.71!

(RM5000+RM36,375+RM14,775+RM7,477.50)/5000 = RM12.71

Kerana cost untuk saya bayar setiap subscriber adalah RM1!

Dan bila saya tahu LCV saya…

Walaupun saya bayar RM50 untuk setiap customer…

Saya akan tetap untung!

Ini lah yang saya maksudkan Lifetime Customer Value.

Berapa pula ROI (Return On Investment)?

Jom kita buat kira-kira lagi.

Advertising Cost = RM5000

Total Income = RM63,597.50

Return On Investment = 1171.95%

Ini baru 3 bulan. Baru 3 produk.

Kalau setahun saya akan followup dengan email dan promote lagi 3 produk tambahan?

Anda boleh bayangkan sendiri berapa LCV bisnes saya.

Ingat. Once a customer is always a customer.

Betul ada banyak lagi faktor yang anda mesti tahu.

Contohnya…

  • Anda mesti ada email followup sequence yang efektif.
  • Anda mesti ada offer dan produk in demand.
  • Anda mesti tahu bagaimana nak placing offer anda.
  • Anda mesti ada up-sell, cross-sell dan down-sell.
  • Anda mesti tahu bagaimana nak engage dengan customer anda.
  • dan banyak lagi!

Dengan kata lain…

LCV adalah sama dengan “berapa banyak nilai, manfaat dan impak yang anda boleh bagi kepada customer anda?”

When you can connect the dot… anda akan saksikan sendiri bisnes anda akan bergoncang.

Ini yang berlaku dalam bisnes saya sekarang.

LCV saya terlalu tinggi, saya boleh spend duit untuk marketing tanpa perlu fikir pesaing lain atau cost terlalu mahal.

Saya boleh senang-senang “OUTBID” pesaing saya bila saya tahu LCV bisnes saya.

RULE sangat simple.

Marketer yang boleh spend paling banyak dalam advertising… dia menang.

Maka dengan itu…

Rahsia bisnes Internet yang sebenar adalah:

CPA < LCV

Selagi cost per acquistion (berapa harga anda bayar untuk setiap customer) lebih rendah dari life time customer value…

Selagi itu anda boleh sentiasa SPEND duit untuk dapatkan customer baru, setiap hari, minggu dan bulan secara consistent.

Anda akan tetap buat duit walau macam mana pun.

That’t it!

Tahniah jika anda baca sampai habis.

Sebab anda baru sahaja tahu “RAHSIA BISNES INTERNET” yang hanya terdapat dalam blog ini.

Terima kasih juga kerana menjadi pembaca setia dan subscriber saya.

Suka post ni? Comment. Share.

1 thought on “Hanya Ada 1 Metrik Anda Perlu Tahu Dalam Bisnes & Advertising… Dan Bila Anda Tahu (Jualan Anda Akan Bergoncang!)”

Leave a Comment