Pengajaran Berharga Buat Teman Teman

13 Pengajaran Paling Penting & Berharga Selama Saya Berniaga…

Post ini agak P-A-N-J-A-N-G (dalam 10-15 minit baca)

Tapi insyaAllah kalau anda baca dari atas sampai habis, saya share dengan anda 13 PENGAJARAN PALING PENTING & BERHARGA selama saya berniaga. Cabaran. Tentangan. Pengalaman. Warna Warni Kehidupan.Salam dan hi…13 tahun lepas, saya kolej dropout. Masuk 5 kolej dan universiti tapi satu pun tak habis.Banyak habis duit mak bapak. Pernah tubuh syarikat Sdn Bhd usia awal 20’an dengan modal 200k tapi ke laut. Tenggelam macam submarine dah berkarat di tengah lautan pacific.Buat bisnes photography, berniaga pasar malam, buat MLM…

Saya memang langsung tak tahu apa apa tentang internet marketing, facebook ads, funnel, automation… Budak mentah hingusan.

Sekarang…Alhamdulillah dengan izin Allah, saya dapat bantu ribuan orang di Malaysia untuk mula bisnes. Ada yang dah 6-7 angka sekarang. Syukur.Baru-baru ni saya Zoom dengan salah sorang student saya buat hampir RM20k setiap bulan, pasif dan automated (Terkejut saya!) Tapi ini lah passion saya sekarang, semangat saya yang tak akan pernah pudar. Tengok lebih ramai insan-insan biasa berubah jadi superman dan batman.Dalam post ini saya akan bagi ada 13 “PENGAJARAN PALING PENTING & BERHARGA” selama 13 tahun saya berniaga.PENGAJARAN yang ubah hidup saya dari College Dropout, hutang keliling pinggang kepada LIFESTYLE dan FREEDOM bisnes.

1. FOKUS PADA 1 ATAU 2 MENTOR SAHAJA DALAM SATU MASA 

Mentor yang dah pernah buat apa yang anda nak buat. Mentor yang ada chemistry, gaya hidup dan lifestyle yang anda sendiri pun nak.Bagi saya ada 2 orang mentor yang banyak ubah cara saya fikir dalam marketing, sales dan advertising. Iaitu Dan Kennedy dan Russel Brunson.

Saya enroll hampir semua online training, dan setiap kali ada webinar saya akan attend LIVE walaupun jam 3 pagi.

Ye, saya pelajar yang sangat dedicated.

Nak berjaya punya pasal kan? Mentor saya dua-dua dari US.

InsyaAllah satu hari nanti, dah habis covid, impian saya untuk ke US dan attend training mereka.

2. Tengok apa yang orang berjaya buat dan buat apa yang mereka buat! 

saya pun dulu terperangkap dengan point no2 ni.

Contoh… Kalau anda jual kucing parsi online… Anda mesti ada follow IG, Fan Page, Youtube Channel tentang kucing parsi online kan?Sebab anda suka. Minat anda. Bidang anda. Tapi anda sendiri belum berjaya jual kucing parsi online lagi.Sebab apa? Sebab anda tak buat apa yang mereka buat.

MEREKA KELUARKAN CONTENT.Kalau ada orang cakap “TIK TOK” adalah Rahsia Internet Marketing 2020 dan dia jual course tentang TIK TOK, bermaksud dia guna masa dia untuk promote dan jual course TIK TOK…

Kalau ada nak badon sado, anda beli dari orang sado yang jual produk untuk sado kan badan… Jangan tengok apa yang dia jual. Tengok apa yang dia buat.

Kalau dia spend 1-2 jam sehari dekat gym… well… itu lah yang anda perlu buat.Buat apa yang orang berjaya buat dengan masa, tenaga, usaha mereka. Perhatikan. Mesti ada sesuatu yang mereka buat dan anda tak buat. Buat tu!

Bukan buat apa yang mereka cakap. Buka hati, bukan mata!

3FAHAMKAN direction & gameplan sebuah syarikat dalam industri anda 

Lesson ini sangat berharga.Saya bagi contoh…Kalau anda jual produk A, pesaing anda jual produk A, pesaing anda guna Shopee sebagai salah satu contributor jualan, anda juga patut guna Shopee.

Nampak iklan pesaing dekat Youtube? Anda tak guna Youtube lagi. Anda patut guna!

Sebab percaya lah… kalau dah lebih 3 bulan anda nampak iklan pesaing anda di Shopee, Youtube, Facebook… bermaksud pesaing anda tengah buat jualan dekat customer yang sepatuntya anda punya!Bila anda faham direction & gameplan pesaing anda…  anda boleh buat decision lebih rational, logik dan secara drastik setiap pilihan anda lebih tepat dan bijak.Jangan cuba jadi hero tak bertempat, dalam bisnes anda tak nak jadi hero, anda nak customer.

Belajar dari pesaing anda yang dah terbukti dapat customer setiap hari.

4. Belajar untuk kenal pasti “shiny object syndrome” sebagai dadah yang bahaya dan cepat-cepat BLOCK

Dalam perjalanan anda sebagai usahawan, ada ramai orang akan approach anda, anda akan tengok iklan di merata tempat…Sama ada Ali, Abu atau Usim akan cakap tentang strategi terbaru, terhebat, ter power pada abad ini… dan mereka semua claim jutawan senyap yang hebat. Percaya cakap saya… mereka tak.Apa yang membuatkan seseorang itu jutawan adalah fokus. Bukan self-claimed.

FOKUS pula ada dua belah. Dua side. Dark side. Light side.

1 side fokus dekat benda yang anda perlu fokus.1 side lagi fokus dekat benda yang anda tak perlu fokus.Faham tak ni?Dah ada fokus, stay dengan fokus anda, top priority anda, jangan senang senang terpengaruh.

  • Bagi saya sekarang…. Facebook masih king untuk paid ads.
  • Marketing automation cara paling simple dan mudah untuk buat jualan bagi newbie.
  • Email dan messenger sangat powerful untuk followup dan lebih berbisa dari sales team 100 orang.
  • Youtube adalah tempat untuk dapatkan organic traffic paling banyak. Lebih banyak dari Google dan Facebook personal feed dan group kesemuanya bergabung.
  • Targeting paling tepat dan padu adalah Lookalike audience.
  • Conversion campaign adalah campaign wajib untuk cold audience.

Ini adalah fokus dalam bisnes. Kenal pasti apa yang perlu fokus dan buat sampai jadi.Usahawan yang fokus untuk spend paling banyak dalam marketing dan advertising selalunya mereka akan menang.

5. HABITHabit satu satunya faktor kritikal bagi kejayaan seseorang. Dan satu-satunya faktor yang paling susah untuk bina dan develop.Sebab ia perlukan konsisten dan effort yang berterusan.Contoh…

Nak kurus? Anda mesti bina habit jogging setiap hari, kurangkan makan gula, makan makanan yang sihat. Buat selama 21 hari. Baru jadi habit. Baru jadi kurus.

Saya rasa mesti ramai fitness coach setuju dengan saya… rahsia untuk kurus adalah habit. Ubah habit anda, ubah berat badan anda.

Susah kan habit? Lagi lagi jenis suka tapau KFC dan Mcd (termasuk lah diri saya sendiri – sebab itu saya semakin chubby dan fluffy)Sama juga dalam bisnes. Habit sangat penting.Benda nampak remeh, simple, kecik, mungkin anda sendiri rasa tiada impak. Tapi setiap 30 minit anda jogging setiap hari, penentu berat badan anda 30 hari dari sekarang.Habit mesti di bina. Ia bukan “overnight” result.Keluarkan content setiap, tulis email setiap hari, buat live setiap hari, mula-mula anda sendiri tak percaya betul ke apa aku buat ni?Tapi bila anda jadikan ia habit, walaupun sikit lama lama jadi bukit. Gunung yang anda nampak jauh kelihatan semakin memuncak. Lagi cantik pandangan kalau berada di atas.Success bermula dengan GOOD HABIT.

6. Kenapa orang kaya semakin kaya? Orang miskin semakin miskin?Apa yang membuatkan seseorang itu berniaga? Sebab nak berubah. 

  • Dia tahu dia boleh berubah. Ini yang di namakan POTENSI.
  • Semua orang ada potensi masing-masing dan unik. Sesiapa sahaja boleh korek pontensi. Benda wajib untuk asah lagi potensi sedia ada adalah ILMU.
  • Bila ada ilmu baru boleh BERTINDAK.
  • Bila bertindak… jika betul tindakkannya… dia akan mula nampak RESULT.
  • Bila ada hasil, apa yang berlaku? Dia mula PERCAYA.

Dia mula sedar yang dia juga boleh berjaya.Dia juga percaya yang dia boleh buat RM10K sebulan, kemudian RM30K sebulan, RM50K sebulan.

Semakin banyak dia belajar semakin tinggi pontensi, semakin tinggi potensi semakin kuat dia berusaha, lagi kuat berusaha lagi banyak result dan lebih percaya dan yakin dengan kebolehan diri sendiri!

Jangan sesekali biar orang lain cakap anda tak boleh. Ramai orang naik tangga tapi naik bagunan yang salah. Anda ada impian? Cita cita besar?

Fahamkan proses ini:POTENTIAL > KNOWLEDGE > ACTION > RESULT > BELIEF

7. Ikut rentak sendiri

Jangan sesekali ikut orang lain.

Saya tak ada mentor yang saya boleh jumpa depan depan. Semua mentor saya, saya access dengan mereka 100% online. Kalau tak faham… tanya dalam group. Nak tanya direct, attend live class, tanya masa live.

Ada orang tak boleh. Dia rasa tak selesa. Ilmu tak sampai. Tak feel.Saya pula rasa terbalik. Saya lebih suka belajar kat rumah, sambil minum air sirap, makan cekodok pisang.Itu saya. Lain orang lain cara.Saya tak ada office. Dulu ada. Kedai tutup. Sekarang semua kerja saya buat kat home office. Bangun pagi, solat, siap-siap, buat kopi, terus masuk office.Dulu saya ada staff. Sekarang semua kerja saya banyak outsouce. Per contract. Atau hire agency. Atau cari mana-mana talent untuk siap kan satu kerja. Pay per job.Tak kira apa culture anda pegang. Apa value anda bagi dalam bisnes.

Sentiasa berpegang: buat kerja yang anda suka dan bahagia.Sebab the moment anda rasa kerja anda membebankan, membosankan, percayalah anda tak akan dapat PERFORM 100% POTENSI YANG ADA DALAM DIRI ANDA!

8. Masa VS DuitIni ambil saya masa yang lama untuk faham. In fact, saya baru faham tahun lepas. 9 tahun untuk saya benar-benar sebati dan menjiwai dengan point no8 ni.

  • Dari RM0 ke RM5000 sebulan, ia memerlukan skill set yang tertentu.
  • Dari RM5000 ke RM10,000 sebulan juga memerlukan skill set cuma ia berbeza dan tak sama.
  • RM10,000 ke RM30,000 sebulan… skillset tak sama dengan skill nak buat RM5000 sebulan.

Lagi besar income anda, lagi besar skill set anda.

Jadi apa yang saya maksudkan?Kebiasaannya… Bila usahawan buat RM30K sebulan dia akan mula cari staff. Expand franchise. Recruit lagi ramai sales team.Ye, semua ini betul. Tapi anda perlu faham… Bila anda buat semua ini ia juga akan makan masa anda. Bukan setakat tu, overhead bisnes anda lagi besar. Tanggungan anda setiap bulan juga besar. Anda perlu RMXXXXX untuk operate bisnes. Kalau tak ada amount tu, gaji tak bayar, ofis tak bayar, bisnes bungkus.Prinsip saya berbeza. Saya suka lifestyle bisnes. Perkara paling penting bagi saya adalah keluarga saya. Anak-anak saya. Saya boleh spend time masa dengan mereka.So tanya balik… apa yang anda nak?Jadi multi millionaire tapi tersekat dengan beban bisnes?Atau ada duit, selesa, tapi lagi banyak masa?

Buat apa dapat 10 juta tapi tak bahagia, tak dapat solat maghrib berjemaah, solat dhuha tak sempat? Even satu hari nanti saya dikurniakan rezeki melimpah ruah, buat 10 juta setahun, saya tetap pastikan saya berpaksikan dan berlandaskan pegangan saya iaitu:

TIME FREEDOM > MONEY FREEDOM.Anda pilih… (anda tahu jawapan saya)

9. Cari GAP dalam market untuk kacau bilau market (DISRUPTIVE MARKETING)Ia perlukan pengalaman dan kebijaksanaan untuk cari disruptive marketing… Bukan kerja satu malam. Tapi bila dapat satu idea disruptive marketing, kenyang lama.Saya bagi contoh…

Tahun 2016 masa tu tengah hot seminar dan workshop. Hot dengan ebook. Ramai orang suka belajar guna platform seminar dan ebook. Joget dalam dewan. Vibe positive. Aura Tony Robbins.

Tapi tak banyak online learning.Saya keluarkan online training IM Sniper 2016 dan ajar live guna Google Hangout 100%. Hampir 500 orang daftar dengan yuran RM397. Testimoni semuanya positive dan semua student happy dapat belajar.

Sekarang majoriti training semuanya online. (bukan sebab covid tapi memang dah lebih ramai orang sedar tentang nikmat belajar online, di rumah, sambil makan kacang)Cuba tengok Expedia. Bukan syarikat Airline pun, tapi jual tiket flight paling banyak dengan staff yang jauh lebih sikit dan cost overhead yang jauh lebih rendah!

Cuba tengok Grab. Netflix. Xiaomi. Air Asia masa mula mula nak up. Semua ni ada ciri-ciri disruptive marketing. (Kalau saya go through satu per satu sampai subuh belum tentu cover semua)Setiap kali saya launch bisnes baru, campaign baru, saya akan cuba fikir apa “DISRUPTIVE MARKETING” yang saya boleh apply. Lain dari yang lain. Unik. Tersendiri. Oh ye, nak tahu rahsia DISRUPTIVE MARKETING paling simple dan semua orang boleh buat sekarang? Tak perlu jadi GENIUS dalam marketing pun!PERSONAL BRAND!Sebab itu saya selalu tekankan dekat semua student saya, fokus pada personal brand. Sebab brand anda unik dan orang lain tak boleh copyright!

Itu sahaja dah jadi DISRUPTIVE.Personal brand boleh jadi disruptive marketing. Setiap orang ada personiliti. Lain dari yang lain. Faham?

10. THE NEXT BIG THING adalah knowledgeCurrency paling mahal adalah knowledge. Bukan USD. Atau pound sterling.

Siapa tahu cara untuk kurus dengan cepat, terbukti berkesan, ada 10,000 orang tengah baratur untuk dapatkan consultation anda.

Siapa tahu cara grow bisnes, buat duit, kukuhkan brand, ada 10,000 orang beratur sekarang sedia bayar untuk dapatkan bantuan.

Knowledge adalah apa yang membeza ekonomi dunia dan siapa yang berkuasa.

US pegang dunia lepas perang dunia sebab mereka ada knowledge keluarkan bom nuklear.China tengah hangat sebab knowledge mereka dalam ecommerce dan teknologi. Tengok Xiomi, Huawei, Realme, dan Oppo, OnePlus… tu semua syarikat dari China.German? Mereka ada knowledge buat automotive paling power. Tengok Merc, BMW, Volkswagen. Belum ada negara yang boleh saing kecuali (Subaru) haha!

Sebab saya baru beli Subaru. Saya ada Merc dan Volkswagen. One thing saya boleh cakap tentang Subaru, sistem AWD dan handling antara yang terbaik di dunia atau memang yang terbaik!Nak buat duit? Nak berjaya? KNOWLEDGE IS EVERYTHING.

Wahyu pertama yang turun berbunyi: “Bacalah…”

11. Jangan sesekali banding diri dengan orang lainIni adalah jalan terpantas untuk anda muram tak tentu pasal!

Saya kenal orang buat RM10 juta setahun tak bahagia sebab kawan dia buat RM20 juta setahun… gila kan? Ini nama dia kufur dengan nikmat tuhan.

Saya suka compare result saya dengan diri saya sendiri. Sebab itu cara yang terbaik.Contoh.Bulan lepas saya buat RM30K jual produk A, bulan depan saya target RM50K jual produk A. Kalau saya dapat, saya cukup rasa bersyukur.Bila bersyukur, Allah janji akan tambah lagi nikmat. Tahu kan?Kesimpulan dia: Jangan banding kan diri anda dengan orang lain. Bersyukur dengan achievement anda. Dalam masa yang sama, CHALLENGE lagi diri anda untuk jadi lebih baik.

12. Apa yang kita buat dekat dunia semuanya akan di perlihatkan di akhirat nanti

Hidup kita sementara. 

Buat baik dengan semua orang. Tapi jangan terlalu baik sampai orang pijak kepala.

Nabi berpesan: Do not oppress, and do not be oppressed.Memberi manfaat adalah sebaik baik manusia. Fokus pada value. Bukan duit. Bukan sales. Bukan customer.Sebab Allah maha adil. Lagi banyak orang anda bantu, Allah juga akan bantu anda.

Lagi ramai orang anda bantu selesaikan masalah mereka, Allah juga akan selesaikan masalah anda.Boleh obses dengan bisnes tapi jangan leka dan cuai dan sombong pada pemilik bisnes anda. Allah.Saya bukan alim. Saya bukan ustaz. Saya juga baru belajar bab ini. Dah nak 4 series ni baru bersungguh-sungguh dekat kan diri dengan Allah. Tapi THE TRUTH is… Bila saya mula faham, bila saya dekatkan diri saya dengan tuhan… rezeki saya semakin murah, ada jalan rezeki yang terbuka luas saya tak pernah terfikir, idea datang mencurah-curah… Nampak?Allah maha berkuasa. Segalanya milik Allah.

13. Bisnes adalah exponentialIni yang saya maksudkan…Kadang-kadang kita rasa nak give up.Buat apa berniaga? Gaji aku sebulan lagi banyak dari bisnes aku.Lebih baik aku kerja je dari susah payah buat bisnes.Ini yang ramai orang tak faham. Bisnes bukan kerja. Bisnes bukan macam dapat gaji sebulan. Bisnes adalah exponential.6 bulan tak ada hasil, tapi bulan ke 7, Allah nak bagi, hambik… sales lebih banyak dari gaji anda 12 bulan! 24 bulan!

Setahun cukup cukup makan, tapi sebab berkat anda sabar dan usaha, tahun kedua collect 1 juta.

Kerja tak akan dapat macam tu. Gaji anda linear. Kalau naik pun masih linear.Boss tak akan naikkan gaji dari RM3000 ke RM10,000 terus! Makan maggi la boss. Paling tinggi pun RM3500! Naik la sikit. Ok la. Pekerja kesayangan.Business nature is different. Sebab tu orang berniaga boleh beli kereta cash. Sebab exponential. Bisnes boleh untung tanpa batas. No limit. Ok.Saya rasa setakat ini sahaja. 13 pengajaran paling penting & berharga selama saya berniaga. Saya harap saya berjaya kongsi pengalaman saya serba sedikit. Semoga ia bermanfaat.Saya nak ingatkan lagi sekali… 

Siapa yang paling konsisten promote, advertise dan market produk akan menang. 100%! All the time!

Anda yang rasa nak give up… ingat juga… Bisnes adalah exponential. Duit boleh masuk tiba tiba luar kawalan. Lagi malang bila anda give time bisnes nak meletup! Nasihat saya… sabar dan teruskan. Perit. Susah. Penat? Tapi saya yakin dan saya confident ianya berbaloi tunggu walaupun bertahun lama. Sabar itu indah.

Enjoy the process. Enjoy every moment. Itu lah warna warni kehidupan.So teruskan, jangan putus asa, di mana sahaja anda berada sekarang… BECOME UNBREAKABLE, INVINCIBLE, JANGAN SESEKALI MENGALAH!Pahlawan sebenar pantang mundur kecuali mati.Dekat bawah ni saya dah sediakan 1 training KHAS untuk anda tengok. 

Tentang cara buat jualan guna paid avertising dan marketing automation.

Klik sini sekarang.

Hazli Advertising 2020

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop