7 Spesis Manusia Tidak Akan Berjaya Dalam Bisnes Online

Maka dengan ini saya mengisytiharkan… ada 7 spesis manusia yang tak akan berjaya dalam bisnes online.

Perghhh Hazli… selamba je cakap tak akan berjaya?

Mana kau tahu orang berjaya ke tak? Mana tahu dia diam-diam jutawan senyap.

Relax…

Saya tahu apa yang anda sedang fikir kan.

Betul. Apa yang saya maksudkan adalah…

Ada segelintir usahawan yang sentiasa cari knowledge dan wisdom untuk berjaya…

Contohnya seperti anda sekarang, sebab itu anda baca blog post ini.

Tapi malang sekali… bukan semua orang macam anda.

Hakikat dan realiti yang sebenar… berapa kerat je yang betul-betul berjaya dalam bisnes?

Ini adalah 7 spesis manusia yang boleh dikatakan hampir karam di dasar lautan yang dalam.

Pertama: Spesis yang benci teknologi.

Kalau duduk depan PC 2 jam dah rasa seksa, rimas, mengantuk… maaf… mungkin bisnes online bukan untuk anda.

Kedua: Spesis tak nak dengar cakap orang lain.

Keras kepala. Rasa diri bagus. Terima sahaja hakikat… anda sebenarnya gagal sebab anda tolak teguran atau kritikan orang lain.

first-you-learn

Ketiga: Spesis yang nak semua percuma.

Ini kelakar. Tapi ramai. Ini spesis yang nak guna free website builder, free coaching, free email autoresponder, free gift, free plugin, free theme, free, free, free. Ini spesis yang kedekut taik hidung masin nak keluar satu sen untuk bisnes dan ilmu.

Keempat: Spesis yang nak buat semua kerja sendiri.

Ini pun kelakar juga. Lebih sanggup belajar buat website sendiri 6 bulan… tapi still nampak outdated zaman 1990’s… daripada bayar RM600 untuk professional quality website.

Kelima: Spesis perfectionist.

Ha-ha-ha. Relax. Saya pun dulu tergolong dalam spesis ini. Ambil masa 12 bulan nak buat blog yang pertama. Kalau anda nak berjaya… langgar je dulu susun kemudian. Perfection is the enemy of profit.

Keenam: Spesis yang nak jadi ninja.

Habis semua software dia akan beli. Plugin terbaru. Theme terbaru. Teknik X terbaru. Strategi Y. Sistem Z. Semua latest software dia akan share dekat Facebook riuh sekampung.

Selepas 1 abad 7 keturunan rupanya baru sedar… tak pernah terfikir nak bina hubungan dengan audience, memberi impak, nilai, manfaat dan fokus pada 1 produk dan buat sales!

Ketujuh: Spesis yang nak tunggu masuk 13 seminar baru nak mula.

Apa yang menghalang anda dari kejayaan adalah tindakkan. Bukan berapa banyak seminar yang anda masuk. Sampai satu masa… anda akan sedar… Nothing will beat action.

Tengok video kat bawah ni… IQ VS GRIT.

Sekarang…

Anda betul nak buat bisnes online? Nak freedom?

Tengok balik diri anda. Duduk depan cermin. Kasi renungan maut dan tanya diri anda…

“Siapa aku 3 tahun dari sekarang?”

Tanya balik diri sendiri… betul ke ini apa yang aku nak?

Anda betul suka habiskan masa dengan online? Suka bila buat marketing? Suka bila bantu dan selesaikan masalah orang?

Kalau ye… DENGAR SINI BAIK-BAIK!

Jangan biar diri anda senang terpengaruh. Senang di ganggu emosi. Kalau boleh jangan habis kan masa di FB baca post-post yang useless. Follow 2-3 orang mentor proven dan ikut mereka.

Jangan buang masa 16 bulan untuk belajar WordPress.

Jangan jadi terlampau complicated.

Jangan nak jadi terlalu perfectionist sangat.

Jangan rasa takut atau gentar.

Anda mesti bijak. Dengar nasihat dari mentor yang anda percaya. Pantas berfikir. Pantas bertindak.

START NOW FINISH FAST.

Saya percaya… anda akan berjaya.

Suka post ni? Comment. Share.

3 thoughts on “7 Spesis Manusia Tidak Akan Berjaya Dalam Bisnes Online”

Leave a Comment