Dah Letak Tofu Dalam Facebook Ads? Kalau Belum Anda Rugi Banyak Customer

Burpppp. Kenyang.

Haha. Mungkin anda ingat tofu yang saya maksudkan adalah makanan tofu-taufu seperti dalam gambar di atas.

Saya akan bagi tahu tofu apa yang saya maksudkan kejap lagi.

Apa yang jauh lebih penting sekarang adalah…

Kenapa anda sekarang berada dalam blog post ini, tengah baca blog post ini, dengan membawa seribu 1 harapan.

Ok biar saya jujur dengan anda.

Saya tak kenal anda. Tapi saya tahu apa yang anda nak.

Saya tahu impian dan cita-cita anda. Harapan anda.

Anda nak buat bisnes. Anda nak income. Anda nak customer. Anda tahu Facebook Ads boleh bagi anda sales.

Semua seminar kat Malaysia yang gagah perkasa keluarkan mesej depan muka anda “SUCCESS STORIES” usahawan buat juta2 guna Facebook Ads.

Saya tak salah kan anda kenapa anda mesti berharap. Sebenarnya bagus. Itulah ciri-ciri usahawan. Sentiasa mencuba. Sentiasa mencari jalan. Sentiasa ingin berubah.

Tapi mungkin anda sekarang confuse. Tak tahu kat mana lagi silap. Spend dah banyak.

Cuma setiap kali anda buka ads manager… “Eh, kenapa iklan sekarang mahal gila?”.

Atau…

“Perghhh, ad spent dah riban-riban, tapi PM yang masuk tak banyak pun!”.

Sebab itu anda masih mencari…

Mencari jawapan kepada soalan “Kenapa bisnes aku masih tak meletup macam orang lain?”.

Dan biar saya bagi tahu anda sekarang…

Sebenarnya bukan salah anda.

  • Selama ini anda ikut nasihat kawan-kawan Facebook anda yang baru spend RM10 seumur hidup.
  • Atau mereka yang tak tahu bagaimana nak register www.
  • Mereka yang baru balik seminar Facebook Ads… terus rasa diri macam sifu.
  • Kebanyakkan info kat luar sana sama ada…

A. MENGARUT

B. MENGARUT KUASA DUA

Sebab itu saya nak ucapkan tahniah.

Alhamdulillah, anda sekarang berada di tempat yang betul. Blog post yang betul. Pada masa yang tepat.

Dalam post ini saya akan tunjuk anda…

Bagaimana nak guna recipe tofu Facebook Ads dalam bisnes anda.

Recipe ini adalah recipe paling senang, simple dan PROFITABLE untuk anda guna sekarang dalam bisnes anda!

Mungkin anda perasan, mungkin anda tak perasan… tapi ini adalah cara paling umum, typical, general, standard untuk buat sales guna Facebook Ads.

Saya janji…

Habis sahaja anda baca blog post ini…

Anda akan tahu bagaimana nak tukar Facebook Ads jadi medium pemasaran kesayangan anda.

Tapi sebelum saya teruskan.

Anda mesti terlebih dahulu faham konsep:

Push Marketing VS Pull Marketing

Bila prospek pergi ke Google.

Kemudian type Galaxy Note 8 review.

Kita semua tahu prospek nak belajar tentang Galaxy Note 8, features & benefits, pro’s & con’s, harga berapa, dan segala info yang dapat bagi prospek buat pilihan dengan bijak.

Ini di panggil pull marketing, sebab prospek dah tunjuk minat dari awal lagi terhadap produk itu.

Prospek sendiri yang tarik diri sendiri masuk dalam iklan anda, website anda.

Facebook Ads berbeza. Facebook Ads adalah push marketing.

Prospek anda masuk Facebook bukan untuk tengok iklan anda.

In fact tahun 2018 nanti, kalau anda baru dalam market dan anda baru mula berniaga, prospek akan benci anda… kalau strategi anda salah.

Sebab Facebook dah macam pasar malam jual ayam.

Iklan sana sinin sinun.

  • Orang masuk Facebook nak tengok kawan-kawan selfie.
  • Comment gambar mak uda masak rendang raya kelmarin.

Kenapa saya nak anda tahu tentang PUSH MARKETING VS PULL MARKETING.

Sebab ia sangat penting dalam strategi iklan Facebook anda nanti!

Zaman sekarang…

Prospek tak suka di jual awal-awal lagi.

Lagi-lagi kalau prospek langsung tak pernah kenal anda. Apatah lagi suka dan percaya!

Anda mesti tahu bagaimana nak bina hubungan dengan prospek anda dulu.

Dan seperti mana anda tahu sekarang…

CONTENT MARKETING adalah antara cara yang terbaik untuk bina hubungan dan “TRUST” dengan market anda.

Bila anda guna CONTENT MARKETING + TOFU (Top-Of-The-Funnel)…

Yes, itulah tofu yang saya maksudkan. Haha!

Anda boleh bina hubungan dalam bentuk VALUE (membantu terlebih dahulu) pada fasa permulaan.

Iklan anda akan jadi jauh lebih efektif. Ramai orang suka. Ramai orang share. Like. Comment.

Ini adalah standard Facebook Ads tofu funnel.

  • Facebook Ad
    • Content
      • Retargeting Facebook Ad
        • Landing Page/Squeeze Page/Optin Page
          • Sales

Funnel ini adalah funnel yang sama ramai jutawan online guna setiap hari.

Dan cara untuk setup sangat mudah.

Pertama: SUDAH TENTU ANDA MESTI ADA CONTENT!

Saya tak nak pergi DEEP sangat dalam bab ini… sebab ini topik yang sangat berat.

Tapi andai kata anda ada 1 content yang SUPER AWESOME (sama macam blog post yang anda sedang baca sekarang) dan dapat memberi maximum impak dalam market anda…

Kedua: ANDA MESTI ADA WEBSITE ATAU BLOG

Kalau tak kat mana nak letak content anda?

Apa?! Tak tahu macam mana nak buat website? Leceh? Susah? Masih mengharapkan Facebook profile atau Fan Page untuk buat bisnes walaupun 10 tahun dari sekarang?

Kalau tak tahu macam mana nak buat, saya advice beli mana-mana online course yang ajar tentang WordPress.

Simple je pun. Nak atau tak nak je.

Langkah yang ketiga adalah: SETUP FACEBOOK PIXEL

Kalau anda tak tahu nak setup… tak perlu masuk seminar atau workshop puluh ribu pun.

Anda boleh search kat Youtube (ada berlambak tutorial) atau pun tengok training ini.

http://www.hazlikhalim.com/blog/the-ultimate-facebook-ads-video-training-series

Dah tengok? Ok move on.

Kenapa anda perlukan Facebook Pixel?

  • Custom Audience (retargeting)
  • Conversion tracking
  • Lookalike audience

Atau dengan kata lain… Untuk asingkan prospek anda yang sedang berenang di lautan pacific > snorkeling dalam kolam belakang rumah.

Tujuannya adalah untuk kumpul semua prospek yang anda dah kenal masuk dalam 1 kolam khas…. supaya anda boleh memancing balik bila-bila masa nanti.

Cuma kali ini guna umpan dekat ikan yang betul! No mercy.

Sekarang saya nak anda ambil URL (CONTENT) anda…

Contoh URL blog post ini adalah http://www.hazlikhalim.com/blog/tofufacebookads

Kemudian pergi ke ads manager, pergi ke bahagian assets, dan klik audiences.

Pilih Create Audience > Custom Audience.

Klik Website Traffic.

Tukar jadi 180 days. URL ke equals. Masukkan URL content anda. Dan akhir sekali namakan custom audience ini… contoh “People who visited Tofu Blog Post”.

Alamak! Kantoi! Anda dah masuk dalam kolam saya. Haha.

Sekarang sesiapa sahaja yang dah pergi ke URL/blog post anda (tak kira datang dari Facebook ke tak) akan terus masuk dalam kolam belakang rumah anda tadi.

Nampak tak apa yang saya nampak?

Langkah kelima: TUNGGU APA LAGI, HANTAR TRAFFIC!

A. Create ad
B. Pilih “Traffic” sebagai campaign objective
C. Masukkan audience targeting, berapa budget anda, umur, jantina dan lain-lain.
D. Letak gambar dan copywriting
E. Terus launch iklan!

Apa yang anda perlu fokus sekarang adalah dapatkan klik sebanyak yang mungkin dengan harga yang “berpatutan”.

Ok Hazli. Faham.

Sekarang hantar traffic, bina hubungan dengan prospek… tapi dekat mana datangnya duit?

Teruskan membaca.

Langkah keenam: RETARGET BALIK TOFU DENGAN OFFER

Kalau tofu (CONTENT) anda power, sepatutnya prospek anda sudah pun…

  • Kenal siapa anda atau brand anda.
  • Dapat manfaat dan mungkin dapat selesaikan satu masalah terbesar.
  • Mula kenal, suka dan percaya anda.
  • Mungkin dah pun jadi subcriber anda.
  • Masuk dalam kolam belakang rumah.

Anda dah pun bagi prospek peluang untuk baca content tanpa sebarang unsur-unsur salesman yang terdesak.

Sekarang sampai masanya untuk ketuk balik pintu mereka.

Cuma kali ini…

Prospek anda dah bersedia untuk bagi perhatian, dengar, dan bertindak.

Sekarang buat 1 Facebook Ad campaign.

Jangan guna “traffic” sebagai campaign objective.

Tapi guna “conversions”.

Anda tak perlu lagi masukan audience targeting, umur, jantina dan semua benda mengarut itu.

Pergi terus ke custom audience dan terus pilih audience URL tofu content anda tadi.

Jangan hantar balik ke blog post.

Hantar mereka ke landing page dengan tujuan untuk buat sales!

Semua A-player marketer yang saya kenal…

Mereka akan hantar ke squeeze page untuk bina database email.

Kalau anda masih lagi belum kumpul database email? Kenapa belum?!

Dengan email marketing anda boleh fokus conversion guna follow up sequence… dan semuanya automation!

Saya sendiri fokus conversion guna email untuk hampir semua bisnes saya.

Kalau anda masih tak nak bina database email (saya sendiri tak tahu kenapa)…

No worries.

Anda boleh hantar terus pergi ke sales page anda, video sales page atau apa sahaja page yang ada butang “beli sekarang!”.

Cuma pastikan apa yang anda offer mesti berkait rapat dengan tofu anda. Dengan content anda.

Langkah ketujuh: JANGAN LUPA LETAK CUSTOM CONVERSION

Ini penting.

Anda nak track setiap jualan yang berlaku.

Macam mana nak setup? Simple.

Pergi ke Custom Conversions.

Klik Create Custom Conversion.

Masukan URL squeeze page anda. Atau sales page anda. Atau apa sahaja landing page anda dengan tujuan untuk buat sales.

Pilih category.

Kalau anda kumpul database email… pilih lead.

Kalau anda terus nak buat sales… pilih purchase.

Sekarang anda dah setup custom conversion…

Jangan lupa letak pixel anda dekat semua page anda. Ingat… kalau tak tahu bagaimana nak letak pixel… search Youtube dan belajar.

Langkah Terakhir Dan Juga Langkah Bonus: CREATE LOOKALIKE AUDIENCE UNTUK CUSTOM CONVERSION

Nak dengar cerita best tak?

Dulu saya banyak membazir masa buat testing nak tengok audience dan interest mana paling OK.

Saya akan test interest A. Kemudian test interest B. Lepas itu interest C.

Setiap kali saya test INTEREST VS LOOKALIKE AUDIENCE…

LOOKALIKE AUDIENCE saya akan tapau habis untuk ROI.

Sebab itu saya sekarang langsung tak kesah tentang interest atau targeting.

Biar Facebook yang buat kan untuk saya. Haha! Senang cerita.

Tapi tunggu sekurang-kurangnya ada 100 custom conversions.

Maksudnya…

Bila dah ada 100 leads, baru buat lookalike audience.

Bila dah ada 100 customer, baru buat lookalike audience.

Lagi besar database custom conversion anda, lagi bijak Facebook boleh buat penilaian “SIAPA KAH LAGI BAKAL CUSTOMER ANDA YANG AKAN BELI?”

Best kan?

Bagaimana nak buat?

Pergi ke Audiences. Create audiences. Klik “Lookalike Audience”.

Masukkan custom conversion anda dekat source.

Location pilih Malaysia.

Audience size untuk buat masa sekarang biarkan 1%. Ini paling targeted.

BOOM!

Sekarang Facebook akan guna enjin algorithm (di reka khas oleh Mark Zuckerberg sendiri) untuk cari siapa lagi pontensi untuk jadi prospek dan customer anda!

Dan percaya cakap saya… Facebook tahu!

Kesimpulan: TOFU SANGAT POWERFUL BILA GUNA DENGAN BETUL DAN KONSISTEN

Saya ulang. Konsisten.

Ye betul.

Lagi banyak content anda. Lagi kerap anda keluarkan content level world class. Lagi tinggi prospek akan suka dan percaya anda.

Anda bayangkan… Bila anda fokus 100% guna strategi ini sahaja dalam bisnes anda.

Saya confident bisnes dan brand anda akan lebih mantap dan meletup.

Bisnes anda akan build up, dan build up, dan build up dan akan terus jadi snow ball effect. Bila ini berlaku anda boleh senyum.

SEKARANG JANGAN BUANG MASA LAGI…

Bertindak dan buat 5X-10X ganda dengan setiap RM1 yang anda labur dengan strategi tofu Facebook Ads!

Suka post ni? Comment. Share.

1 thought on “Dah Letak Tofu Dalam Facebook Ads? Kalau Belum Anda Rugi Banyak Customer”

Leave a Comment