1 Rahsia Untuk Berjaya Dalam Apa Sahaja

Ada kawan bagi tahu saya, “Hazli, aku nak minta maaf”.

Saya cakap “Kenapa?”

“Sebab aku tengok kau ni senang je cakap depan orang. Tapi aku tengok kau ni keje biasa je, tak ada la kerja keras pun. So aku nak minta maaf la sebab dulu aku suka gelakkan kau”.

Dalam hati saya, biar betul mamat ni… Dia tak tahu ke saya kerja siang pagi dan malam?

Mana ada benda senang.
Sebelum saya boleh berdiri depan stage, bercakap depan ribuan orang tentang bisnes, marketing dan sales.

Saya kene masuk gua dulu, dan dalam gua tu saya kene bunuh 3 ekor dragon berkepala 2 dulu.

Nanti saya explain…

Ramai orang ingat saya nampak “natural” bila bercakap atau masuk dalam video…

Tapi…

Sebenarnya itu salah sama sekali!

Saya boleh fasih dan lancar bercakap dalam video sebab saya PILIH untuk fasih dan lancar dalam video.

Saya akan belajar, saya akan beli e-course, buku, dan saya akan masuk webinar untuk belajar.

Saya practise selalu… termasuk buat 1 video berkali-kali sampai saya buat dengan betul!

Dan yang paling penting… saya izinkan diri saya untuk gagal berkali-kali sebab saya tahu…

Kalau saya practise setiap hari… lama-lama nanti insyaAllah saya akan jadi hebat!

Untuk buktikan apa yang saya cakap…

Tengok video ni… Video ni saya publish dekat Youtube pada 7 July 2011!

Jangan terkejut saya speaking mat salleh.

Masa ni zaman jual produk dalam USD.

Dah tengok?

Macam mana?

Kelakar tak?

Percaya la cakap saya… masa saya tengok balik tadi… bukan setakat gelak kuat sorang-sorang… tapi air mata keluar macam nak menangis! Haha!

Ok sekarang saya nak anda tengok pula video ni.

Nampak tak perbezaan?

Dalam video yang kedua tu saya dah mula muncul kan muka saya kat satu sudut.

Walaupun kecik… tapi muka tetap muka!

Saya dah mula cakap dengan fasih.

Saya terus berlatih. Push diri saya untuk buat video.

Sampai lagi sekarang.

So lesson dia adalah…

Cepat-cepat gagal, dan buat sampai jadi.

Izinkan diri anda untuk gagal berkali-kali dan bersedia untuk rasa sedih, pahit, geram dan sebagainya…

Kejayaan tak mungkin datang bergolek macam tu sahaja.

Anda mesti push dan pressure diri anda untuk berjaya.

Till then. All the best in business and in life.

Allah sentiasa bersama hamba-hambanya yang bersabar dan berusaha.

Suka post ni? Comment. Share.

Leave a Comment