Producer VS Consumer: Faham Konsep Ini Anda 97% Kedepan Pesaing Yang Lain

Fuuhhhh. Ok. Rasa macam dah berzaman saya tinggalkan blogging ni. Haha.

Mana tak nya. Sekarang wawasan 2020. Zaman 5G & kereta terbang. Audience dan prospek anda mungkin dah tak ada masa nak baca blog.

Semua prefer live. Live streaming. Live video. Video. IG Story. Semua nya instant. Spontaneous.

Dari situ terbinanya satu hubungan. Friendship. Deep connection & emotion.

Prospek lebih cepat kenal anda, suka anda dan percaya anda dari baca blog yang panjang lebar ni.

Prospek anda tak ada masa. Siapa ada masa?

Anda ada masa ke? Kenapa anda baca blog ni?

Tapi saya tak peduli. Saya tetap nak update post baru. Saya rasa post ini penting untuk anda. Untuk usahawan. Masa depan.

Let’s get to the point.

Tuan-tuan dan puan-puan, dato2, tan sri dan YB yang sedang baca post ini…

Saya tak tahu apa reason anda masih lagi baca sampai sekarang.

Cuma yang saya pasti mesti ada 1 sebab yang sama:

Anda nak buat jualan lagi banyak dalam bisnes so that anda boleh guna duit tu untuk bayar bill, settlekan hutang, beli kudap-kudap untuk family, atau anda mungkin nak beli rumah banglow.

Whatever it is…

Anda baca sebab anda nak buat duit. Itu saya pasti.

Anda mencari dan mencari: BAGAIMANA NAK BUAT DUIT?

Anda pergi ke seminar. Anda masuk workshop. Anda beli e-book. Anda daftar ke preview peluang bisnes.

Untuk apa? Untuk duit.

Lagi dalam anda gali. Lagi banyak anda belajar. Lagi jauh anda tersasar dari impian anda.

Sedar tak sedar rupanya dah setahun anda cari jawapan.

Tapi masih tak jumpa.

Sebab apa?

Biar saya bagi anda jawapan paling jujur:

Anda adalah CONSUMER. Banyak masa anda terbuang sebab anda CONSUME 1 atau lebih content di internet dan ini sangat bahaya!

Content yang berbentuk post biasa, IG Story, video, live, Youtube, baca email, baca messenger, baca telegram channel, baca FB group dan setiap hari anda di hentam dari semua penjuru. Darat. Langit. Laut.

Saya namakan ini penyakit “Sindrom Scroll Down”.

Nak tahu anda ada penyakit sindrom ini atau tak? Tengok balik apa yang anda buat hari ini.

Berapa banyak masa anda terbuang scroll down FB? Scroll down IG? Swipe IG Story. FB Story? Skodeng kawan-kawan. Like IG tah sesiapa.

Lagi bahaya scroll Shopee dan Lazada. Tapi tak beli pun. Just for fun.

Bahayanya sindrom ini ibarat anda sebenarnya duduk dalam penjara. Tapi anda tak sedar. Mental lockdown. Tak mampu fokus. Tak mampu bertindak.

Ketagih macam dadah. Social media adalah dadah terbaru abad ini.

Jadi sepatutnya apa yang anda perlu buat?

PERTAMA: Anda perlu STOP serta merta sindrom scroll down.

KEDUA: Nak buat duit anda mesti jadi PRODUCER. End of story.

Ada ke cara lain? Nope. Melainkan anda hanya berminat untuk short term gain. No long term plan.

Nak berjaya, nak tukar prospek jadi customer dalam social media di ambang pesaing bertambah ganas dan rakus…

Produce content.

Produce copywriting.

Produce live streming.

Produce advertising.

Yes. Itu lah sebab nya kenapa pesaing anda jualan mencanak dan anda masih merangkak.

Mesti anda fikir saya akan share latest up to date marketing technology & strategy…

Rupanya tentang consumer dan producer. “Menyesal aku baca.”

Saya boleh bagi anda 1 kepastian… ANDA FAHAM KONSEP consumer vs producer anda sebenarnya dah pun 97% ke hadapan berbanding orang lain!

Kenapa ini sangat penting?

Bagi mereka yang faham: Internet adalah tempat pakar & leader dalam industri untuk “SHOWCASE” & “PRESENT” bisnes mereka.

Kadang-kadang yang saya pelik…

Manusia prefer untuk tengok, baca, dengar content sampai berjam-jam sebagai consumer.

Tapi nak produce 1 jam content sendiri pun malas. Atau takut. Kalau malas saya tak boleh bantu. Kalau takut… ini jawapan saya (klik sini)

THIS MUST STOP RIGHT NOW.

Selagi anda masih belum terima konsep CONSUMER VS PRODUCER 100%…

Anda akan stuck. Mungkin belum lagi. Belum nampak… slowly but surely. Anda akan terasa bahangnya bila anda tak produce.

Sekarang zaman live streaming. Now it’s all about authenticity, originality.

Currency paling tinggi nilainya bukan lagi USD atau pound sterling.

Budak umur 7 tahun sekarang pun buat duit main game dekat Youtube secara live streaming. Kenapa Youtube bayar? Sebab content.

Prospek nak tahu siapa anda. Apa brand anda. Apa story anda. Apa mission anda. They want to know your lifestyle and your dreams.

Mereka nak empati. Kasih sayang dan perasaan di hargai.

Now the easiest way to do this is by using my secret strategy… anda akan tahu kenapa strategi ini sangat powerful.

Saya namakan strategi ini: (atau anda boleh terus klik sini untuk belajar)

30 days content battle plan.

Ini sebabnya kenapa strategi marketing ini antara paling powerful saya pernah guna:

  1. Setiap hari selama 30 hari, keluarkan content untuk audience anda.
  2. Setiap content mesti bermanfaat, setiap kali prospek tengok dia akan rasa “WOW! Banyak nye aku belajar!”
  3. Setiap kali anda keluarkan content, broadcast content anda guna messenger dan email. Konsisten.
  4. Boost content anda guna iklan. Konsisten.

Bila anda buat 4 langkah kat atas…

Ini yang akan berlaku:

  1. Bisnes anda akan dapat perhatian secara mendadak
  2. Audience anda terbina dengan sendiri dengan kualiti, mutu dan keunggulan
  3. Lebih banyak jualan secara pasif dan auto
  4. Positioning & know, like and trust faktor lebih tinggi

Ini pula theory kenapa strategi ini sangat powerful…

Let’s say Abu dan Ali dua dua jual produk yang sama. Dua-dua nak jual kucing parsi online.

Abu jenis hardcore. Suka menjual. Gunakan segala taktik jualan yang ada. Buy one free one. Discount 20%. Year End Bonus. Black Friday. 11.11. 12.12. 13.13. (Eh silap tak ada 13.13)

Ali pula jenis yang santai. Cool. Tenang. Lebih fokus pada bantu customer. Suka berkongsi. Value first. Ali keluarkan content untuk educate prospek.

Setiap hari Ali akan keluarkan content tentang kucing parsi. Contoh:

10 Sebab Kenapa Anda Perlu Bela Kucing Parsi
Jenis Makanan Yang Kucing Parsi Suka
1 Tips Untuk Elak Kucing Parsi Gugur Bulu

Kemudian Ali buat live tengah usap kucing parsi. Buat live bagi kucing parsi makan sambil cerita tentang makanan kucing parsi yang Ali recommend.

Ali fokus keluarkan content yang dapat buat prospek rasa “WOW, bagus la Ali ni, banyak input aku dapat tentang kucing parsi… aku nak follow la Ali”

Ali mula bina database. Setiap kali Ali produce content, dia akan advertise content tu. Ali tahu content tu dapat bantu lebih ramai orang tentang kucing parsi.

Di sebab kan content banyak memberi dari meminta, prospek bertambah suka Ali. Ali dapat jualan secara auto.

Kenapa Ali akan menang dan tapau Abu 1000KM jauh ke depan?

Sebab Ali position kan diri sebagai pakar kucing parsi untuk long term.

Ali di beri perhatian bukan tarik perhatian. Orang suka Ali sebab content Ali.

Ali banyak memberi. Ali suka memberi. Orang nampak Ali jujur. Ikhlas membantu. Orang percaya Ali.

Prospek beli kucing parsi Ali mungkin sebab 30% kucing parsi Ali memang comel, gemuk dan gebu… tapi lagi 70% prospek beli sebab suka dan percaya Ali.

Saya dah cuba yang terbaik untuk explain dalam bahasa paling mudah untuk anda faham.

Sekarang hentikan “SINDROM SCROLL DOWN” dan mula produce content sendiri. Be a producer not a consumer.

Kalau anda nak nak lagi in-depth training bagaimana nak jadi producer dan leader dalam industri.

Tengok training ini. Belajar bagaimana nak buat duit jadi producer dengan sistem marketing automation SJL.

Suka post ni? Comment. Share.

Leave a Comment